jokisenja header

jokisenja header


Thursday, March 24, 2011

Honda mahu lakar kejayaan

SERINGKALI dibayangi kehebatan pengeluar lain, Honda berazam untuk melakar lebih banyak kejayaan dalam semua kategori pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2011 yang bakal membuka tirainya di Stadium Utama Kangar, Perlis pada 26 hingga 27 Mac ini.

Musim ini, sebanyak tujuh pasukan Honda akan bersaing bersama pasukan-pasukan lain dalam kategori utama iaitu CP130, CP115 dan Wira dengan meletakkan sasaran utama untuk mencapai keputusan yang lebih baik dan cemerlang.
Pasukan-pasukan ini adalah SCK Honda Racing, M-Seki Liberty Honda Racing, Pachie Yuzy Honda Racing, Team Honda Promax X-Dot Racing, Honda Motorsports Club Racing Team, Aap Mazoil Faito Racing dan M-Lube Honda TPB Racing.
Sebelum ini, SCK Honda Racing telah membuktikan jentera Honda setanding pengeluar lain apabila Norizman Ismail menamatkan saingan CP130 musim lalu di kedudukan kedua keseluruhan apabila menjuarai tiga pusingan dan tiga kali menjejakkan kaki di podium.
Tahun itu juga merupakan tahun pertama pasukan tersebut menggunakan jentera Honda.
"Kami mahu lebih banyak pasukan berada di paddock supaya peluang untuk mencapai sasaran yang ditetapkan lebih besar," kata Pengurus Bahagian Sukan Pemotoran Boon Siew Honda Sdn. Bhd., Rodney Peh.
"Tahun 2010 begitu baik buat kami jadi sudah tentu kami mahukan pencapaian yang lebih baik. Sebab itu kami memperbanyakkan lagi pasukan-pasukan Honda dalam kategori terbuka.
"Selain itu, kami juga mahukan semua pasukan ini berkongsi pengetahuan terutama dari segi teknikal bagi meningkatkan prestasi jentera."

No comments:

Post a Comment