jokisenja header

jokisenja header


Saturday, March 26, 2011

Debaran memuncak


HAFIZH tidak akan mempertahankan gelarannya pada Kejuaraan Cub Prix AAM Petronas musim ini.
TEKANAN kini dapat dirasakan setiap pelumba dan pasukan yang bertanding bagi kategori CP130 apabila Kejuaraan Cub Prix AAM Pet- ronas 2011 membuka tirainya di Litar Stadium Utama Kangar, Perlis hari ini.
Musim ini membawa cabaran baru buat golongan pelumba elit ini kerana penyandang juara, Hafizh Syahrin Abdullah tidak akan pulang untuk mempertahankan makhotanya.
Sebaliknya, anak muda berusia 17 tahun ini akan memberikan fokus penuh kepada Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC) bagi kategori SuperSports 600cc.
Bagaimanapun, saingan kelas itu dijangka tetap sengit dengan keha- diran pelumba remaja berusia 15 tahun, Mohd. Ramdan Mohd. Rosli.
Hanya dalam masa dua tahun, Ramdan berjaya melonjakkan namanya daripada perlumbaan one- make Yamaha ke Wira sebelum bergelar juara kelas CP115 musim lalu.
Pembangunan karier Ramdan yang cukup progresif menjadikannya salah seorang pencabar terkuat musim ini dan dia akan muncul di atas grid bersama-sama rakan sepasukan, Mohd. Zamri Baba dari Petronas Syntium Moto Yamaha AHM Racing.
Pasangan adik-beradik, Ahmad Fazli dan Ahmad Fazrul Sham kembali berganding bahu bersama pasukan baru, Pennzoil Fastrac Racing.
Kedua-dua pelumba berpengalaman ini cukup digeruni kerana mereka cukup efisien berkerjasama di atas dan di luar trek.
Lebih menarik lagi, pelumba veteran, Ahmad Fuad Baharudin turut beralih kem musim ini. Pelumba be rusia 32 tahun itu mengibar cabaran Yamaha Maju Motor Racing bersama-sama pelumba baru, Abdul Muhaimin Roslan dan Mohd. Taufiq Roslan.
Sementara itu, Azlan Shah Kama- ruzaman beralih cita rasa jentera dari Yamaha ke Honda bagi menggantikan Mohd. Suhadi Ali Rahmat dalam pasukan Harian Metro TEQ SCK Honda Racing seangkatan dengan Norizman Ismail dan Mohd. Affendi Rosli.
Puas dengan pencapaian musim lalu yang mana Norizman muncul tempat kedua dalam kedudukan keseluruhan CP130, pasukan yang dipimpin Soong Chee Kieong itu berharap untuk bergelar juara keselu- ruhan musim ini.
Sebuah lagi pasukan satelit Honda dalam kategori CP130 merupakan Pachie Yuzy Honda Racing.
Pengurus pasukan, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini akan mengetengahkan pelumba muda, Mohd. Zaqhuan Zaidi dan Mohd. Amirul Musa ekoran kejayaan mereka menamatkan pusi- ngan-pusingan terakhir musim lalu di kalangan 10 pelumba terbaik.
Persembahan kedua-dua pelumba itu yang jelas memberansangkan sudah cukup untuk menyakinkan Yuzy mereka sedia berentap dengan pelumba-pelumba elit.
Tahun ini juga bakal menyaksikan tiga pasukan baru. Pasukan-pasukan itu adalah Global Bike Rock Oil Racing yang diwakili Elly Idzliaikmal Ilias dan Mohd. Farid Ahmad; RS Motobert Racing dengan Mohd. Rafie Nasir dan akhir sekali Mohd. Saufi Othman dari Saufi Motor Racing.
Dengan barisan pelumba dan pasukan yang berkredibiliti tinggi ini, peminat Cub Prix boleh mengharapkan sebuah musim yang menarik dan penuh aksi.

No comments:

Post a Comment