jokisenja header

jokisenja header


Monday, March 21, 2011

Stoner kuasai perlumbaan pembukaan di Qatar



Penunggang Casey Stoner meraikan kejayaan muncul juara pada perlumbaan pembukaan yang berlangsung di Litar Losail, Qatar.

QATAR- Penunggang Repsol Honda racing Casey Stoner membuka tirai MotoGP musim 2011 dengan  melakar kemenangan pertamanya pada perlumbaan pembukaan yang berlangsung di litar Losail, Qatar.
Kemenangan penunggang Australia tersebut dilihat telah menebus kesilapannya tahun lepas kerana  terlibat di dalam kemalangan semasa pusingan keenam.
"Semuanya berjalan lancar, jentera saya juga berada dalam keadaan baik. Ia satu pencapaian yang  membanggakan kerana kami berjaya muncul juara pada perlumbaan pembukaan," ujar penunggang berasal  dari Australia tersebut.
Di samping itu,  rakan sepasukan Dani Pedrosa juga beraksi hebat semalam apabila turut menamatkan  perlumbaan di kedudukan ketiga.
"Saya sedikit kecewa dengan perlumbaan hari ini tapi bukan kerana faktor jentera. Tangan saya masih  lagi mempunyai masalah kerana masih terasa sakit di sekitar bahagian jari.
Ia menyukarkan saya untuk mengenggam dan beraksi dengan lebih baik," kata Pedrosa.
Penyandang juara dari pasukan Fiat Yamaha, Jorge Lorenzo pula muncul naib juara pada dengan catatan  masa kurang 3.440 saat dari Stoner.
Wakil tunggal negara, Md Zulfahmi Khairuddin yang beraksi untuk musim keduanya tahun ini pula sekadar  menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-19 dengan catatan masa keseluruhan 39 m 33.879 s.
Dengan kejayaan ini, Stoner mendahului kedudukan keseluruhan dengan kutipan 25 mata dan akan  meneruskan saingan seterusnya di Sepanyol.
Di samping itu, Stoner turut menghadiahkan kemenangannya kepada mangsa tsunami di Jepun serta berharap mereka dapat bersabar.

No comments:

Post a Comment