Aksi pelumba AirAsia-Sepang International Circuit Zulfahmi Khairuddin mengambil selekoh pada Grand Prix Sepanyol yang berlangsung di Litar Jerez, 3 Mei 2010. Gambar Arkib
KUALA LUMPUR-Penunggang 125cc negara Mohd Zulfahmi Khairuddin mempamer peningkatan semasa penampilan pertamanya bersama pasukan baru AirAsia-SIC-AJO pada sesi pemanas badan GP Motor Dunia di Litar Jerez, Sepanyol.
Penunggang berasal dari Banting tersebut memperbaiki catatan masa pada setiap sesi yang berlangsung dari 4-6 Mac.
Fahmi mencatat masa 1 minit 53.800 saat pada hari pertama sesi ujian, kemudiaan memperbaharui kepantasan pada hari kedua dengan catatan 1m 51.399s.
Hari terakhir menyaksikan pelumba berusia 21 tahun tersebut sekali lagi mempamerkan aksi terpantasnya dengan catatan masa 1m 51.074s.
Fahmi akan menunggang bersama-sama dengan Efren Vazquez dari Sepanyol dan Johan Zarco dari Perancis dengan pasukan barunya menjelang musim 2011 GP Motor Dunia pada 17 Mac di Litar Losail, Qatar.
Fahmi membuat penampilan sulung dalam kategori 125cc pada 2009 dan tamat saingan di Litar Sepang di kedudukan ke-20.
No comments:
Post a Comment