jokisenja header

jokisenja header


Wednesday, May 25, 2011

Zaqhwan berdepan tugas sukar


ZAQHWAN (depan) berazam untuk mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu keseluruhan pada saingan di Presint 3, Putrajaya penghujung minggu ini.


PELUMBA pasukan Pachie Yuzie Honda Racing, Mohd. Zaqhwan Zaidi (gambar kecil) ada misi penting pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas penghujung minggu ini.
Zaqhwan mahu terus mengukuhkan kedudukan dalam senarai keseluruhan menjelang saingan di Presint 3, Putrajaya bersempena dengan Hari Belia Negara pada 28 dan 29 Mei ini.
Ketika ini, dia berada di kedudukan kedua keseluruhan setelah memungut 37 mata, ketinggalan tujuh mata daripada pendahulu keseluruhan, Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha Maju Motor Racing) dengan 44 mata.
Manakala hanya satu mata mengatasi pelumba berpengalaman, Ahmad Fazli Sham (Pennzoil Fastrac Racing) yang mengumpul 36 mata.
Zaqhwan mencipta kejutan apabila menjejakkan kaki di atas podium buat pertama kali dalam saingan CP130 selepas menduduki tempat ketiga pada pusingan pembukaan di Kangar.
Dia ketinggalan kepada dua pelumba Petronas Syntium Moto Yamaha AHM, Mohd. Ramdan Mohd. Rosli yang muncul juara dan Mohd. Zamri Baba di tempat kedua.
Pelumba 16 tahun itu mengakui, pada ketika ini, prestasinya begitu baik tetapi dia tidak mudah berpuas hati dengan apa yang telah diperolehnya.
"Setakat ini, memang kedudukan saya begitu memuaskan kerana apa yang dicapai adalah di luar jangkaan saya. Namun saingan masih di peringkat awal musim dan saya perlu terus be- kerja keras untuk berada pada prestasi terbaik di setiap pusingan."
"Berada di kelompok pendahulu pada ketika ini turut menghadirkan sedikit tekanan kerana bukan mudah untuk terus mengekalkannya memandangkan saya bersaing dengan ramai pelumba senior.
"Pengalaman saya masih tidak setanding dengan pelumba-pelumba veteran seperti Fazli, Ahmad Fuad Baharudin dan Zamri tetapi saya tetap akan mempamerkan aksi yang terbaik," jelas Zaqhwan yang menamatkan perlumbaan di Batu Kawan (Pusingan 2) di tempat keenam dan tempat kelima ketika di Kuala Terengganu (Pusingan 3).
Bercakap mengenai sasarannya pada minggu ini, Zaqhwan berharap untuk menjejakkan kaki di podium sekali lagi.
"Pertama sekali saya mahu mencatat masa terpantas yang terbaik pada hari Sabtu supaya dapat melayakkan diri pada peringkat Superpole yang terbuka kepada 10 pelumba terpantas.
"Selepas itu, strategi saya adalah untuk merampas kedudukan petak di barisan hadapan. Semoga pada perlumbaan akhir nanti, saya akan berada di kelompok hadapan dan dapat menamatkan perlumbaan di podium.
"Namun saingan pasti sengit tetapi saya yakin pelu- ang tetap ada memandangkan litar ini merupakan litar asing kepada semua pelumba," jelasnya

No comments:

Post a Comment