jokisenja header

jokisenja header


Thursday, May 26, 2011

AZLAN TIDAK BERAKSI DI PUTRAJAYA


Selepas mencatat kejayaan menjuarai kategori CP130 pada Pusingan 3 di Kuala Terengganu minggu lalu, Azlan Shah Kamaruzaman terpaksa menarik diri daripada menyertai Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Presint 3, Putrajaya, minggu ini. 

Pelumba Harian Metro TEQ SCK Honda Racing terpaksa melupakan hasratnya untuk merebut podium kerana tarikh Pusingan 4 yang diadakan bersempena Hari Beli Negara jatuh serentak dengan hari pernikahannya bersama tunangnya, Nabila Mohd Nassim Akhtar.

Walaupun gembira dan tidak sabar untuk mengakhiri zaman bujangnya, Azlan turut bersedih kerana terpaksa melepaskan perlumbaan minggu ini, apatah lagi selepas  meraih kemenangan pertamanya sejak mula beraksi dalam kategori Expert/CP130 pada tahun 2007.

Pelumba berusia 27 tahun itu berkata, "Pada asalnya tiada perlumbaan dijadualkan berlangsung pada 29 Mei ini. Saya tidak menyangka perlumbaan di Alor Setar dan Terengganu terpaksa ditunda dan ini sekaligus meletakkan Pusingan 4 pada hujung minggu ini. Ketika kalendar baru diumumkan, segala persiapan telah pun dibuat dan saya tidak dapat berbuat apa-apa.

"Saya begitu gembira dan tidak sabar untuk bergelar suami dan memulakan hidup bekeluarga. Tetapi pada masa yang sama saya sedikit kecewa kerana tidak dapat beraksi minggu ini. Tambahan pula prestasi dan keadaan jentera Honda saya berada pada tahap optimum ketika ini," kata Azlan yang menghuni kedudukan kelapan keseluruhan CP130 dengan 25 mata.

Walau bagaimanapun, Azlan tetap optimis dan berpendapat ini hanyalah halangan kecil dalam usahanya untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

"Walaupun terlepas peluang beraksi, tidak pernah terlintas sekali pun di fikiran saya untuk menyerah kalah. Ini hanya satu pusingan dan masih ada baki enam pusingan lagi untuk merebut kedudukan podium. Tambahan pula, motivasi saya pasti bertambah dengan berlangsungan perkahminan pada minggu ini," katanya.

Sementara itu, pengurus pasukan Azlan, Soong Chee Kieong turut mengucapkan tahniah buat Azlan sambil berkata, "Azlan tidak akan beraksi pada minggu ini. Sudah tentu kami berharap agar Azlan dapat hadir dan merebut kedudukan podium lagi, namun kami faham segala perancangan yang dibuat olehnye tidak boleh diubah lagi."

Rakan pasukan Azlan, Norizman Ismail dan Mohd Affendi Rosli pada ketika ini berada di kedudukan keenam dan ketujuh keseluruhan dengan memungut bebanyak 29 dan 28 mata. Mendahului kedudukan adalah Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha Maju Motor Racing) dengan 44 mata diikuti Mohd Zaqhwan Zaidy (Pachie Yuzy Honda Racing) dengan 37 mata dan Ahmad Fazli Sham (Pennzoil Fastrac Racing di kedudukan ketiga dengan mengumpul 36 mata.


Issued by Global PR Sdn Bhd
Copyright to Safe Aim Mutual Sdn Bhd

No comments:

Post a Comment