jokisenja header

jokisenja header


Thursday, May 12, 2011

Affendi mahu lupakan insiden di Batu Kawan



Mohd Affendi Rosli beraksi ketika pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlansung di Batu Kawan, Pulau Pinang.

KUALA LUMPUR-Walaupun dibelungi rasa kecewa dengan insiden jump start di Batu Kawan, Mohd Affendi Rosli berharap dapat beraksi dengan lebih baik pada Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Terengganu pada 13 dan 14 Mei ini.
Affendi dikenakan penalti 30 saat setelah didapati melakukan kesalahan jump start pada perlumbaan akhir CP130 bulan lepas.
Penalti itu secara langsung meletakkan Affendi di kedudukan kelapan walaupun dia melintasi garisan penamat di tempat kedua.
Jika bukan kerana denda tersebut, Affendi akan berada di kedudukan teratas keseluruhan CP130 bersama-sama pendahulu ketika ini, Ahmad Fazli Sham (Pennzoil Fastrac Racing) dengan 33 mata. Kini dia berada di kedudukan keenam dengan 21 mata.
Nasib malang turut menimpa rakan sepasukannya, Azlan Shah Kamaruzaman yang turut didapati bersalah kerana kesalahan serupa. Nasib pelumba berusia 27 tahun itu bertambah malang apabila gagal menamatkan perlumbaan ekoran masalah mekanikal pada pusingan ke-13 daripada 15 pusingan perlumbaan.
“Keputusan di Pusingan 2 pasti lebih baik jika bukan kerana kesalahan teknikal saya dan Azlan lakukan. Kami tidak menyangka klac baru ini amat sensitif dan ketika kami menkar ke gear satu ia menendang dengan kuat.
"Saya hampir berputus asa selepas marshal menunjukkan isyarat kesalahan jumpstart pada pusingan 5.
"Walau bagaimanapun saya meneruskan perlumbaan kerana lebih baik jika dapat membawa pulang mata berbanding dengan tangan kosong,” kata pelumba berusia 26 tahun itu.
Tambahnya lagi, “Saya sangat menyesal dengan kesilapan kerana pada waktu itu saya yakin dapat menamatkan perlumbaan di atas podium memandangkan jentera Honda saya  begitu kompetitif di Batu Kawan. Malangnya,  saya gagal menggunakan kelebihan tersebut.”
Affendi bertekad untuk melupakan perkara yang telah berlalu dan kini bersedia untuk memberikan aksi terbaik di Terengganu.
“Nasib saya kurang baik pada dua pusingan sebelum ini dan saya berharap ia akan berakhir di atas podium di Terengganu. Bukan setakat jentera Honda saya berada dalam keadaan terbaik setelah pelbagai pengubahsuaian dilakukan oleh mekanik, malah perlumbaan kali ini merupakan satu perlumbaan teknikal.
Saya amat menggemarinya kerana tidak semua pelumba CP130 dapat melakukannya dengan baik,” kata Juara keseluruhan Novis 2007 ini.
Ketika Fazli mendahului kedudukan keseluruhan CP130, mengekori di belakangnya ialah Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha Maju Motor Racing) di kedudukan kedua dengan 31 mata dan Mohd Zaqhwan Zaidi (Pachie Yuzy Honda Racing) ketiga dengan 26 mata.

No comments:

Post a Comment