jokisenja header

jokisenja header


Tuesday, May 10, 2011

Ramdan kembali cabar Fazli


IMBAS KEMBALI... Ramdan (tengah) dinobatkan selaku juara kategori CP130 pada Pusingan 1 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Kangar, Perlis.



PELUMBA muda, Mohd. Ramdan Mohd. Rosli sudah bersedia untuk kembali beraksi pada Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Kuala Terengganu bermula Jumaat hingga Sabtu ini.
Pada saingan pembuka tirai di Kangar, Perlis, pelumba berusia 15 tahun itu mencipta kejutan apabila dinobatkan selaku juara dalam kategori CP130.
Bagaimanapun, Ramdan tidak dapat membuktikan bahawa kemenangannya itu bukan sekadar nasib apabila kecederaan kaki kiri yang dialami ketika menjalani sesi latihan motocross menghalangnya untuk beraksi pada Pusingan 2 di Batu Kawan, Pulau Pinang.
Sekalipun pada awalnya menyertai sesi ujian masa, namun Ramdan seka- dar mampu menamatkan dua pusingan ujian seterusnya menyebabkan dia mengambil keputusan untuk tidak bersaing pada perlumbaan akhir.
Situasi itu sekali gus menyaksikan Ramdan tidak dapat mempertahan kedudukannya selaku pendahulu keseluruhan yang kini menjadi milik juara Pusingan 2, Ahmad Fazli Sham dari pasukan Pennzoil Fastrac Ra- cing.
Fazli kini mendahului carta bagi kate- gori CP130 dengan mengumpul 33 mata, manakala Ramdan di tangga keem- pat, 25 mata hasil kemenangannya di Kangar.
Terdahulu, Ramdan turut terlepas peluang menyertai kategori Underbone 115cc pada Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC) yang berlangsung di Litar Utara Sepang baru-baru ini.
Kini selepas sebulan berehat, Ramdan yang menggalas cabaran pasukan Petronas Syntium Moto Yamaha AHM ini sudah pulih sepenuhnya dan tidak sabar untuk kembali beraksi.
"Walaupun saya terlepas peluang untuk mempertahankan kedudukan pendahulu tetapi saingan musim ini masih di peringkat awal.
"Saya percaya masih ada banyak masa untuk mengejar kedudukan pendahulu (Fazli).
"Lebih baik saya melepaskan satu pu- singan berbanding menjadikan kecede- raan bertambah teruk dan terpaksa mengambil masa yang lama untuk pulih," kata Ramdan yang juga juara CP115 musim lalu.
Dia tetap percaya mampu memberi cabaran kepada Fazli pada perlumbaan minggu ini.
"Ketika ini, jurang mata saya dengan Fazli tidak begitu jauh kerana kami hanya dipisahkan dengan lapan mata. Jika saya mampu muncul juara dan dia berada di kedudukan ketiga di Kuala Terengganu, saya dapat menga- tasinya dengan satu mata.
"Dengan itu, saya tidak perlu panik kerana masih ada lapan pusingan yang perlu dihadapi."
"Saya sudah cukup cergas dan juga telah kembali menjalani latihan dan ke- cergasan sejak dua minggu lepas. Saya telah bersedia untuk menghadapi caba- ran di Kuala Terengganu," kata Ramdan yang mula beraksi dalam kategori CP130 musim ini

No comments:

Post a Comment