jokisenja header

jokisenja header


Thursday, May 19, 2011

Aksi Pusingan 4 bakal janji kelainan







PERLUMBAAN Yamaha EgoLC akan memeriahkan lagi aksi Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2011 di Putrajaya pada 28 dan 29 Mei ini.


LEBIH banyak kemeriahan akan disaji- kan pada perlumbaan motosikal terbesar di Malaysia apabila siri perlumbaan satu pengeluar, Yamaha bakal kembali pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2011 yang akan berlangsung di Presint 3, Putrajaya pada 28 dan 29 Mei ini.
Menggantikan model Yamaha 135LC yang digunakan tahun lalu, perlumbaan musim ini akan menggunakan jentera baru Yamaha EgoLC yang mempunyai kuasa enjin lebih rendah, 125cc serta menggunakan sistem transmisi gear automatik.
Pembaharuan ini membawa perubahan kepada nama kategori tersebut yang kini dikenali sebagai Piala Yamaha EgoLC Petronas.
Bertindak sebagai landasan untuk mengetengahkan bakat-bakat baru, musim 2011 akan menyaksikan 20 pelumba muda berusia antara 13 hingga 17 tahun mengharungi saingan tujuh pusingan ini.
Kebanyakan mereka tidak mempunyai sebarang pengalaman beraksi di Cub Prix.
Antara pelumba ternama yang lahir daripada kategori ini adalah juara CP130 paling muda, Hafizh Syahrin Abdullah (Petronas Syntium Moto Yamaha Raceline) yang kini beraksi dalam kategori Su- perSports 600cc pada Kejuaraan Moto- sikal Asia Petronas (ARRC).
Juara keseluruhan CP115 2010, Mohd. Ramdan Mohd. Rosli (Petronas Syntium Moto Yamaha AHM), pasangan Motul Yamaha YY Pang, Mohd. Azhar Abdul Jalil dan Mohd. Adib Rosley serta juara Cabaran Yamaha 135LC musim lalu, Tengku Amirul Haffiruddin.
Pengurus Promosi dan Sukan Pemotoran Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd., Melvin Tan (gambar kecil) ketika ditemui menjelaskan tentang harapan dan jangkaannya musim ini.
"Tujuan kami masih tetap seperti pada musim-musim lepas, iaitu menyediakan landasan dan memberikan sokongan kepada pelumba baru untuk melibatkan diri dalam Cub Prix.
"Setakat ini kami mempunyai seramai 20 pelumba yang mana 80 peratus dari- padanya merupakan muka baru yang ditemui pengurus-pengurus pasukan Yamaha melalui perlumbaan pocket biketempatan.
"Selebihnya merupakan pelumba sedia ada yang tidak berupaya untuk beraksi dalam kelas lebih tinggi berikutan masa- lah kos yang tinggi.
"Saya yakin saingan musim ini akan lebih menarik kerana para remaja ini cukup kompetitif dan berani."
Apabila ditanya sama ada jentera baru yang menggunakan transmisi gear auto- matik serta kuasa enjin yang lebih rendah akan menjejaskan kualiti perlumbaan dan pelumba yang bakal dihasilkan, Melvin berkata:
"Sudah tentu kemahiran menggunakan gear amat penting dalam perlumbaan, namun menggunakan jentera automatik seperti ini turut mempunyai kelebihannya.
"Sebagai contoh, pelumba akan memberi tumpuan untuk mengawal kelajuan, menggunakan brek, dan meningkatkan kemahiran tunggangan mereka."

No comments:

Post a Comment