jokisenja header

jokisenja header


Monday, May 16, 2011

Stoner bukti kehebatan di Perancis


Casey Stoner dihambat Dani Pedrosa dalam perlumbaan MotoGP Perancis di Litar Le Mans pada 15 Mei 2011.


PERANCIS- Casey Stoner membuktikan jagoannya apabila menawan MotoGP Perancis yang diselubungi insiden kemalangan rakannya dari pasukan Honda, Dani Pedrosa dengan Marco Simoncelli. 

Tumpuan 88, 000 peminat yang hadir di litar itu terarah kepada Pedrosa yang memulakan perlumbaan di petak kedua di belakang Stoner. 

Penyandang juara dunia, Jorge Lorenzo yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat mengekalkan kedudukan pendahulu keseluruhan dengan mengumpul 74 mata diikuti stoner (66).

Aksi Pedrosa berakhir dalam baki 11 pusingan selepas terlibat dengan kemalangan bersama Simoncelli yang secara tiba-tiba membrek motorsikalnya sebaik memintas Pedrosa. 

Berikutan itu, Simoncelli didapati bersalah lalu dikenakan penalti sementara Pedrosa dilaporkan mengalami patah bahu kanan. 

Penalti itu membuka peluang kepada Valentino Rossi untuk menaiki podium buat julung kali musim ini dengan pasukan barunya, Ducati di tempat ketiga manakala Andrea Dovizioso berpuas hati di tempat kedua selepas dipisahkan dengan 14 saat. 

Selepas kejayaan ke-25 grand prix, Stoner berkata kepada BBC, "Ianya minggu yang menakjubkan, minggu yang jarang berlaku. Semuanya berjalan dengan lancar. 

"Dalam perlumbaan ini Dani (Pedrosa) tampak seperti mengekori rapat, kemudian saya berjaya menjarakkan diri."
 


No comments:

Post a Comment