Zamri Baba (depan) pertaruh pengalaman di Putrajaya.
KUALA LUMPUR - Mohd Zamri Baba bersiap sedia untuk beraksi dengan lebih baik dan berharap pengalamannya akan memberi kelebihan di atas litar baru pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Presint 3, Putrajaya bersempena dengan Hari Belia Negara, hujung minggu ini.
Pelumba PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM itu mahu menggunakan peluang beraksi di venue baru kali ini untuk mendapatkan mata maksimum supaya tidak ketinggalan dalam persaingan merebut juara keseluruhan.
Akibat kesilapan yang dilakukan pada Pusingan 2 (Batu Kawan) Zamri gagal menamatkan perlumbaan (DNF) manakala ketika di Kuala Terengganu, dia gagal untuk berada di atas podium menyebabkan kedudukannya sekadar di tangga kelima keseluruhan dengan 30 mata. 20 mata dipungut ketika menamatkan perlumbaan di tempat kedua pada pusingan pembuka tirai di Kangar dan 10 mata (tempat keenam) berikutnya ketika di Kuala Terengganu.
Pelumba 28 tahun itu tidak bimbang dengan keadaan litar yang baru dengan mengharapkan pengalaman yang ada dapat membantu mencatat keputusan yang lebih baik berbanding pencabar-pencabar utamanya.
“Matlamat saya di Putrajaya adalah untuk menamatkan perlumbaan di hadapan Muhaimin, Zaqhwan, Fazli dan Fuad. Mereka kini berada di hadapan saya di dalam carta keseluruhan jadi langkah ini adalah perlu untuk merapatkan jurang perbezaan mata."
Ketika ini Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha Maju Motor Racing) mendahului kedudukan keseluruhan dengan 44 mata diikuti Mohd Zaqhwan Zaidy (Pachie Yuzy Honda Racing) dengan 37 mata dan Ahmad Fazli Sham (Pennzoil Fastrac Racing) di kedudukan ketiga dengan 36 mata. Rakan pasukan Muhaimin, Ahmad Fuad Baharudin pula di tangga keempat dengan 32 mata.
“Tampak mudah namun ia tidak seperti yang disangkakan. Prestasi semua pasukan dan pelumba semakin baik manakala jentera juga semakin laju. Masa terpantas yang dicatatkan juga begitu hampir di mana ia hanya dipisahkan dengan perbezaan yang amat kecil.”
Tambahnya lagi, “Putrajaya merupakan peluang terbaik untuk menebus kehilangan mata sebelum ini kerana semua pelumba mempunyai peluang sama rata di sini. Ia adalah gelanggang baru dan tiada siapa pernah pernah beraksi di sini. Apa yang boleh kami lakukan adalah mengkaji keadaan litar dan hanya boleh mengetahui ketepatan analisis yang dilakukan ketika menjalankan sesi latihan bebas pada pagi Sabtu. Semoga minggu ini akan membawa kegembiraan kepada saya dan juga seluruh pasukan.”

No comments:
Post a Comment