jokisenja header

jokisenja header


Monday, May 9, 2011

Zaidy mahu kekal cemerlang

ZAIDY mahu terus tampil konsisten pada Pusingan 3.


PELUMBA pasukan Motul Yamaha YY Pang, Zaidy Mohd. Zaifaizal tampil garang pada permulaan musim Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2011.
Pada dua pusingan sebelum ini, Zaidy sudah dua kali menjejak kaki ke podium dan ia membuktikan bahawa dia sudah bersedia untuk memberi tentangan dalam kelas CP115.
Sasaran terbarunya adalah untuk mengekalkan momentum cemerlang itu pada Pusingan 3 yang akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Kuala Terengganu, 13 dan 14 Mei ini.
Juara Wira epg 2008 itu memulakan kempen kategori CP115 musim ini dengan rentak positif apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketiga bagi pusingan pembukaan di Kangar dan muncul juara di Batu Kawan pada pusingan kedua.
Keputusan itu meletakkan Zaidy sebagai pendahulu keseluruhan kelas CP115 dengan 41 mata, enam mata mengatasi Shahril Iz- zuwan Mohd. Noor (Petronas Syntium Moto Yamaha AHM) yang berada di kedudukan kedua dengan 35 mata.
Rakan sepasukan Zaidy, Mohd. Adli Salihin di kedudukan ketiga, 31 mata.
Pelumba berusia 20 tahun itu jelas lega dengan rentaknya setakat ini, malah terus berazam menampilkan tunggangan yang lebih baik.
“Sejak menamatkan perlumbaan dalam kategori Bawah 17 tahun pada 2009, prestasi saya dalam kelas Novis/CP115 seperti ‘yo-yo’, sentiasa turun naik.
“Tahun pertama beraksi dalam kelas Novis, saya berada di tangga keenam keseluru- han dengan hanya sekali menamatkan perlumbaan di atas podium, manakala pada mu- sim lepas saya berada di tangga kesembilan, namun hanya satu kejayaan berjaya dicipta.
“Pada tahun ini, prestasi saya kelihatan lebih baik memandangkan sejak dari awal musim saya sudah mencipta kejayaan dan saya begitu puas hati,” kata pelumba kelahiran Pulau Pinang itu.
Mengimbas faktor yang banyak membantunya berada pada prestasi yang memberangsangkan setakat ini, Zaidy menjelaskan: “Saya percaya pengalaman yang diperoleh sepanjang dua tahun lepas merupakan antara faktor yang membantu saya mencapai keputusan baik seperti ini.”
Jelasnya lagi, sewaktu pertama kali bersaing dengan ramai pelumba lebih berpenga- laman, dia tidak berani untuk mengambil risiko dan berlumba secara selamat, namun kini semakin agresif dan bersedia untuk me- ngambil risiko.

No comments:

Post a Comment