Penunggang dari Sepanyol yang mewakili pasukan Repsol Honda Team, Dani Pedrosa meraikan kemenangannya di podium selepas memenangi perlumbaan MotoGP di Litar Estoril pada 1 Mei 2011.
PORTUGAL- Baru sahaja pulih sejak menjalani pembedahan bahu sebulan lalu tidak menghalang Dani Pedrosa untuk menawan perlumbaan MotoGP Portugal.
Bintang Portugal itu ternyata lebih pantas daripada penyandang juara, Jorge Lorenzo dengan memintasnya dalam tiga pusingan terakhir untuk merangkul kejayaan dalam persembahan sulungnya di Estoril serta musim ini.
Pedrosa terpaksa menjalani pembedahan ekoran kecederaan beberapa bahagian di bahu kirinya selepas ditimpa kemalangan dalam ujian di GP Jepun pada Oktober lalu.
"Sukar bagi saya selepas pembedahan dan berdiri di sini sesuatu yang menakjubkan.
"Ianya perlumbaan yang hebat. Saya tidak mahu menjadi yang kedua lagi. Saya mencuba dan akhirnya menjadi kenyataan.
"Saya amat berterima kasih kepada doktor yang membantu saya. Saya kini menanggung kesakitan yang teruk," jelasnya selepas perlumbaan.
Selepas tiga perlumbaan musim ini Lorenzo mendahului ranking kejuaraan dunia dengan 65 mata namun hanya empat mata memisahkannya dengan Pedrosa.
Lorenzo menyanjung pemenang itu yang sememang berhak untuk menang. Lorenzo yang bermula dengan petak pertama di awal perlumbaan bagaimanapun tetap berpuas hati kerana tetap mampu mengumpul mata.
Rakan sepasukannya dari Honda, Casey Stoner mengakhiri perlumbaan di tempat ketiga.

No comments:
Post a Comment