jokisenja header

jokisenja header


Saturday, May 28, 2011

Norizman terpantas di Putrajaya

HASRAT Norizman Ismail untuk meraih kejuaraan pertamanya musim ini semakin hampir apabila menguasai kedua-dua sesi latihan bebas dan ujian masa pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Putrajaya sempena Hari Belia Negara, semalam.
 

Pelumba Harian Metro TEQ SCK Honda Racing itu muncul pelumba terpantas sesi ujian masa dengan mencatat masa 52.250 saat, 0.012s mengatasi catatan Mohd Zaqhwan Zaidi (Pachie Yuzy Honda Racing) manakala, rakan sepasukan, Mohd Affendi Rosli di kedudukan ketiga dengan catatan 52.433s. 

Sebelum itu, Norizman menguasai sesi latihan bebas yang berlangsung pada sebelah pagi apabila muncul pencipta masa terpantas iaitu 52.994s. 

Pelumba muda itu berkata, masih banyak yang perlu diperbaikinya untuk memastikan kejuaraan menjadi miliknya. 

“Corak tunggangan saya masih belum sempurna terutama di selekoh kedua dan ketiga serta di pusingan U. 

“Saya perlu memperbaiki kelemahan ini supaya dapat beraksi dengan lebih pantas,” katanya.

No comments:

Post a Comment