jokisenja header

jokisenja header


Thursday, April 28, 2011

Lapan pasukan rebut kejuaraan Super Sports 600cc




SAINGAN kategori Super Sports 600cc musim ini bertambah menarik kerana penyertaan dari negara Malaysia, Indonesia, Jepun, Thailand, Australia, India, Filipina dan China. 

Pengarah Promosi Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd (TWMR), Ron Hogg berkata, sukan pemotoran di Asia semakin berkembang dan pihak pengeluar motosikal sedar pentingnya penglibatan di peringkat Asia berbanding dengan aksi dalam negara. 

“Dari segi perlumbaan, saingan musim 2011 ini dijangkakan sengit dengan penampilan pelumba baru dan kombinasi pelumba handalan. Kebanyakan daripada pelumba mempunyai reputasi tinggi dan percaya 10 pelumba terbaik Super Sports 600cc boleh menyaingi pelumba lain di pentas Moto2,” katanya. 

Empat pengeluar terbesar motosikal, Honda, Kawasaki, Suzuki dan Yamaha bakal mengambil bahagian dalam kategori Super Sports 600cc pada pusingan pembuka tirai yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 29 April hingga 1 Mei ini. 

No comments:

Post a Comment