jokisenja header

jokisenja header


Wednesday, April 13, 2011

Emir tidak letak sasaran tinggi




MOHD Emir Firdaus Hasan berhasrat menamatkan perlumbaan di kelompok lima terbaik pada perlumbaan pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2011 di Stadium Batu Kawan yang bermula dari 16 hingga 17 April ini. 

Bagaimanapun pasukan M-Seki Liberty Honda Racing masih belum menemui pelarasan terbaik buat jentera mereka antara sebab Mohd Emir enggan meletakkan sasaran yang lebih tinggi. 

“Kami terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan pelarasan jentera sewaktu pusingan pembukaan lalu dan kuasanya agak lemah jika dibandingkan dengan pesaing lain yang menggunakan jentera Yamaha. 

“Namun ia bukan halangan memandangkan kami masih di awal musim. Beri kami sedikit masa dan saya percaya kami akan menemui momentum sebenar secepat mungkin,” katanya. 

Tempoh rehat dua minggu digunakan sebaik mungkin untuk mencari pelarasan terbaik termasuk melakukan ujian di Melaka. 

“Setakat ini banyak peningkatan ditunjukkan namun masih jauh daripada tahap terbaik. 

“Kami akan lihat segala kemungkinan di Batu Kawan nanti dan saya berharap dapat menamatkan perlumbaan di kelompok lima pelumba terbaik pada hujung minggu ini,” katanya. 

Pada ketika ini, Shahril mendahului kedudukan mata keseluruhan CP115 dengan 25 mata, diikuti Adli, 20 mata dan rakan sepasukan Adli, Zaidy Mohd Zaifaizal ketiga, dengan 16 mata. 

Emir yang beralih ke jentera CP115 daripada CP130 perlu mencatat keputusan terbaik untuk mengejar kedudukan pendahulu setelah hanya mengumpul tiga mata setakat ini.

No comments:

Post a Comment