jokisenja header

jokisenja header


Monday, April 18, 2011

Cub Prix dapat sambutan hangat di Batu Kawan



KUALA LUMPUR- Kejuaraan PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix berjaya menarik ramai peminat bagi pusingan kedua musim ini di Stadium Batu Kawan untuk mengukuhkan lagi minat dalam perlumbaan underbone di negara ini. 
Perlumbaan trek sejauh 1263.5 km itu memberi keputusan positif apabila kategori peserta  CP130, CP115, Wira, Cabaran Honda Wave Junior dan pelumba persendirian meningkat sebanyak 15 peratus berbanding rekod tertinggu tahun lalu. Malahan kategori pelumba persendirian terpaksa ditutup awal berikutan terlampau ramai penunggang dari utara yang mahu menyertainya. Kelas itu menyaksikan sebanyak 47 penunggang berentap untuk mara ke ranking lebih jauh di mana petak perlumbaan hanya mampu menempatkan 48 penunggang bagi satu-satu masa. 

Musim lalu menyaksikan impian peserta persendirian, Mohd Syawal Mohd Noor dan Wan Mohd Hadri Wan Mukhtar menjadi kenyataan apabila terpilih sebagai penunggang profesional bersama pasukanb Cub Prix musim ini. Syawal dan Hadri kini bersaing dalam kategori CP115 dengan mewakili PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline dan ZAR Racing Motorsport.

Pengarah promosi Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM), Ronn Hogg berkata pihaknya perlu menunggu sehingga musim ini berakhir untuk menilai semula pertambahan tempat bagi penunggang persendirian namun tetap berpegang kepada objektif utama mereka iaitu menekankan kepada kualiti berbanding kuantiti. 

Beliau meramalkan cabaran bagi setiap kategori musim ini bakal menjadi lebih sengit dan berpesan agar peminat tidak melepaskan peluang dengan pusingan seterusnya di Kuala Terengganu pada 13 dan 14 Mei.


1 comment:

  1. yeayy cubprix kat batu kawan ni saye pegi..mmg besttt..alang-alang saya dah komen ni saya nak tanya dekat joki senja ni.awak ada cek email jokisenja@gmail.com x?saya baru email awak 2 hari lepas dan saya ada nak tanya beberapa soklan dekat awak.so saya harap awak dapat la reply email saya dengan segera..

    saya ada seorang rider ni dia biasa masuk privateer dan dengar kata elfy rizal dah kluar dari sponsor dia kaa?then tempat tu available lagi ke tidak?kalu tak ade rider sorang ni nak try selection..rider saya ni kawan zaidy,rozaiman dan elfy sma..do reply me.. plishhh :P farena_fazlena@yahoo.com

    ReplyDelete