jokisenja header

jokisenja header


Sunday, January 30, 2011

Sepang hos ujian pertama MotoGP 2011



(Dari kiri) Wakil dari Two Wheels Motor Racing Ron Hogg, CEO SIC Razlan Razali dan wakil PETRONAS Motorsports Puan Anita Azrina Abd Aziz pada majlis pengumuman nama pelumba negara yang terpilih atas tiket 'Wildcard' Moto2 di Litar Antarabangsa Sepang pada 19 September 2010.
KUALA LUMPUR- Selepas lama menunggu, kejohanan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) akan kembali di Litar Antarabangsa Sepang untuk ujian rasmi pertama pada musim ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali berkata kali terakhir para pelumba MotoGP menguji motosikal mereka ialah pada November lalu di Valencia, Sepanyol selepas perlumbaan akhir 2010.
"MotoGP akan kembali dan akan mula beraksi di Sepang. Dan, musim baru nampaknya akan menjadi paling menarik sekali," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata oleh kerana ujian tidak boleh dijalankan sehingga 31 Januari, para peminat berpeluang berjumpa idola mereka semula di atas motosikal mereka di litar Sepang, Selasa ini.
"Buat pertama kali, ada Valentino Rossi dengan pasukan Ducati, Casey Stoner dengan Repsol Honda yang berpadu tenaga dengan Dani Pedrosa dan Andrea Dovizioso, Ben Spies mengambil alih daripada Rossi di Factory Yamaha Racing. Dan juga ada juara Moto2, Toni Elias.
"Kesemuanya juara dunia yang berpotensi tahun ini dan mampu mencabar juara dunia pada masa ini, Jorge Lorenzo," kata Razlan.
Sempena dengan sesi ujian pra musim, SIC, yang akan menjadi hos pusingan kedua yang terakhir mulai 21 hingga 23 Oktober, akan mengadakan promosi jualan tiket khas bagi mereka yang datang awal untuk Grand Prix Motosikal Malaysia 2011.

No comments:

Post a Comment