Penunggang GP125, Zulfahmi Khairuddin (kiri) bergambar bersama Datuk Razlan Razali (tengah) dan Ketua Eksekutif AirAsia Berhad, Datuk Seri Tony Fernandes dalam perlancaran musim baru pasukan itu.
KUALA LUMPUR- Menjelang musim baru yang bakal bermula pertengahan Februari nanti, penunggang tunggal negara dalam kelas 125cc itu bakal memulakan kempen MotoGP, Muhammad Zulfahmi Khairrudin.
Pasukannya mendapat suntikan selepas pasukan AirAsia-Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bergabung dnegan juara GP125 musim lalu, Ajo Motorsport.
Zulfahmi, 19, mengakhiri kempen musim lalu di tempat ke-24 dengan empat mata selepas menamatkam empat perlumbaan di tempat ke-15.
Ajo Motorsports membantu Marc Marquez muncul juara musim lalu dan mensasarkan Zulfahmi untuk menghabiskan setiap perlumbaan dengan mata dalam 15 perlumbaan.
Menurut zulfahmi, "Saya tidak sabar untuk beraksi musim baru ini. Saya begitu teruja untuk bekerja dengan Ajo Motorsports dan pasukan yang telah membantu Marc Marquez memenangi kejuaraan dunia.
"2011 bakal berbeza buat saya. Tahun lalu, saya tidak mempunyai pengetahuan dengan sebarang litaran perlumbaan dan hanya membiasakan diri dalam latihan bebas pada hari Jumaat. Selepas setahun, saya kini memiliki pengetahuan dan pengalaman berguna untuk bersaing dengan penunggang lain."
Zulfahmi membuat kemunculan pertama dalam GP sebagai penunggang wildcard dalam Malaysia GP 2009 dengan menamatkan perlumbaan di tempat ke 20.
Turut hadir dalam majlis pelancaran musim baru ini ketua pegawai eksekutif SIC, Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali.
Razlan berkata dengan sokongan Ajo Motorsports, pasukan itu nakal dikenal sepadai AirAsia - SIC - Ajo Racing. Beliau mempunyai keyakinan tinggi Fahmi mampu mencatatkan keputusan lebih baik.
Perlumbaan pertama akan berlangsung di Losail, Qatar pada 20 Mac depan.
Senarai ujian pra musim GP125
1. Valencia, Sepanyol (10-12 Feb)
2. Estoril, Portugal (15-17 Feb)
3. Jerez, Sepanyol (4-6 Mac)

semoga zulfahmi@lagok,menjadi kebanggaan rakyat pada tahun 2011,,go fahmi go....
ReplyDelete