jokisenja header

jokisenja header


Tuesday, January 11, 2011

SAM UMUM KALENDAR PERLUMBAAN 2011


MASIH segar dengan catatan dan peristiwa sepanjang Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS kali ke-17 yang berakhir di Pulau Pinang, Disember lepas, promosi kejohanan Safe Aim Mutual Sdn.Bhd (SAM) telah menyiapkan  kalendar bagi perlumbaan musim 2011.
 
Untuk musim ke-18 ini, Kejuaraan Cub Prix masih mengekalkan 10 pusingan dengan melayari beberapa destinasi menarik di seluruh Semenanjung Malaysia samada di lokasi sediada mahupun gelanggang baru yang berpotensi  - yang pasti memberi cabaran pelbagai seperti litar berteknikal dan berkelajuan tinggi bagi pasukan dan pelumba.
 
Sesi fasa pertama musim ini, Kejuaraan Cub Prix masih mengekalkan Alor Setar, Kedah selaku gelanggang pembuka tirai yang berlangsung dari 11 hingga 12 Mac diikuti Melaka (Pusingan 2) pada 26 dan 27 bulan yang sama.
 
Teluk Intan di Perak akan menjadi hos bagi Pusingan 3 pada 16 hingga 17 April diikuti Stadium Batu Kawan (Pusingan 4) pada 14 hingga 15 April depan. Sementara, Litar Antarabangsa Sepang akan menjadi gelanggang pusingan kelima pada 4 hingga 5 Jun depan.
 
Untuk fasa kedua musim pula, Kuala Terengganu akan mengambil-alih hos bagi Pusingan 6 yang akan berlangsung pada 24 hingga 25 Jun sementara lokasi Pusingan 7 (23 hingga 24 Julai) masih belum ditentukan lagi. Bagaimanapun, cabaran Pusingan 8 akan berlangsung di Litar Kluang, Johor dari 24 hinga 25 September dan venue Pusingan 9 (November 12 dan 13) bakal diumunkan pada masa yang terdekat. Walau apapun, penamat kejuaraan musim 2011 masih kekal di Padang Kota Lama, Pulau Pinang dari 3 hingga 4 Disember ini.
 
Pegarah Promosi Safe Aim Mutual, Ron Hogg  menjelaskan bahawa musim 2011 bakal menjadi musim yang hebat, "Tahun ini, siri kejuaraan Cub Prix kembali mengekalkan saingan sebanyak 10 pusingan. Dalam soal pemilihan lokasi, kami mendapat banyak maklum balas untuk mengadakan Cub Prix di tempat yang diminta. Namun, agak malang bukan semua lokasi yang dicadangkan sesuai untuk penganjuran Cub Prix. Bagaimanapun, untuk musim ini, kami akan membawa beberapa perlumbaan ke destinasi Pantai Timur Semenanjung.
 
Ron turut menambah mengenai sasarannya bagi perlumbaan musim baru dan menurutnya, "Untuk kejuaraan kali ini, perlumbaan one-make mengambil langkah yang lebih serius untuk membentuk and mengasah skil tunggangan kelompok pelumba muda. Di samping itu, terdapat banyak peralihan pelumba-pelumba di antara satu pasukan ke pasukan yang lain dalam kategori CP130, CP115 dan Wira. Dengan tahap persaingan yang semakin tinggi dari satu tahun demi satu tahun, musim 2011 bakal menyajikan perlumbaan yang menarik di kalangan pelumba yang berpengalaman dan juga pelumba muda.  
 
"Selain itu, beberapa perubahan baru akan diumumkan tidak lama lagi dan kami yakin dengan adanya perubahan ini, musim 2011 akan menjadi lebih mencabar. Pendek kata, yang pasti perlumbaan Cub Prix musim 2011 akan tampil lebih hebat dan menarik," tambah Ron.  

No comments:

Post a Comment