Penunggang Ducati, Nicky Hayden melaungkan azam untuk memperbaiki aksinya menjelang aksi pembukaan GP Motor Dunia pada Mac ini.
KUALA LUMPUR,- Penunggang Ducati, Nicky Hayden meletak sasaran baru untuk memperbaiki aksi yang ditonjolkannya pada musim lalu.
Hayden berjaya mencuri tumpuan pada musim lalu dengan mempamerkan aksi menyakinkan untuk menamatkan saingan di kedudukan ketujuh keseluruhan GP Motor Dunia.
"Saya hampir mencapai sasaran pada musim lalu untuk berada di dalam kelompok lima penunggang terbaik. Ia adalah satu peningkatan yang baik kerana sebelum ini saya hanya menamatkan saingan di kedudukan ke-13," ujar Hayden.
Hayden mengutip 59 mata lebih tinggi pada 2010 berbanding musim sebelumnya dan mula melakukan persediaan menjelang sidang akhir rasmi pasukannya Ducati di Campiglio ski resort, Itali bersama rakan baru iaitu Valentino Rossi yang baru berhijrah.
"Sasaran saya ialah untuk berada di atas podium lebih banyak pada musim 2010," tambah Hayden lagi.
No comments:
Post a Comment