jokisenja header

jokisenja header


Thursday, January 13, 2011

Permulaan era baru untuk Rossi dan Ducati



jokisenja.blogspot.com 

Valentino Rossi bergaya bersama motosikal barunya, Ducati GP11, Madonna di Campiglio, Italy, 12 Januari 2011.

ITALY - Pasukan Ducati dan pelumba Valentino Rossi bakal memulakan era baru apabila mereka bergabung untuk musim 2011 Moto GP, kata Pengurus Besar Ducati, Claudio Domenicali.
Juara dunia tujuh kali (Rossi) yang sebelum ini menyertai pasukan Jepun iaitu Honda dan Yamaha, kini kembali ke jentera Itali buat julung kalinya selepas meraih gelaran juara dunia dalam 125cc dan 250cc bersama Aprilia pada akhir 1990an.
"Ia adalah musim pembukaan dan fasa baru bersama Valentino Rossi," kata Domenicali.
"Dia akan mencuba produk kami dan akan memberi pendapat terhadap motosikalnya itu.
"Pada tahun 2011 ini, kisah baru iaitu fasa ketiga Ducati Moto GP akan bermula. Sebelum ini, Loris Capirossi telah menjadi yang pelumba pertama memberi kejayaan dalam enam perlumbaan.
"Manakala fasa kedua iaitu (Casey) Stoner yang memenangi kejuaraan pada 2007. Dan kini adalah Valentino."
Menurut Pengurus Besar Ducati Racing, Filippo Preziosi, Rossi dan Ducati mempunyai masing-masing keistimewan tersendiri.
"Apa yang menerujakan kami, Rossi mempunyai kebolehan untuk mencipta klimaks yang positif, malah dia sendiri tidak menjangkakannya," katanya.
"Rossi mampu menjelaskan dengan tepat tentang perlumbaan sebenar, Dia juga boleh memberikan maklumat yang mana komputer tidak."

No comments:

Post a Comment