Penunggang Chalermpol Polamai (no65) dan Decha Kraisart (no24) mengambil selekoh semasa pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS di Sepang pada 1 Mei 2011.
Dua pelumba pasukan Yamaha Thailand Racing, Chalermpol Polamai dan Decha Kraisart mereka tidak akan menyertai pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS.
Kedua-dua mereka dinasihatkan berehat dan tidak sempat pulih pada perlumbaan di Litar Sentul, Indonesia dari 10 hingga 12 Jun ini.
Chalermpol tidak dapat beraksi akibat patah kedua-dua pergelangan tangan sewaktu perlumbaan di Litar Sepang April lepas, manakala Decha mengalami kemalangan di Litar Autopolis, Jepun minggu lalu.
"Kemalangan di Sepang merupakan insiden paling buruk yang pernah berlaku sepanjang karier perlumbaan saya," ujar Chalermpol yang perlu berehat untuk tempoh dua atau tiga bulan.
Chalermpol mendapat tempat kedua pada Perlumbaan Pertama di Sepang yang lalu.
Bagi juara bertahan, Decha pula dijangka akan sempat sembuh pada pusingan ke-3 yang akan berlangsung di India Ogos ini.
"Saya terpaksa menangguhkan kempen tahun ini hingga pusingan ke-3 yang akan berlangsung di India," kata Decha yang juga juara SuperSports 600cc pada 2007 dan 2010.
Kedudukan ketika ini menyaksikan Pelumba handalan Jepun, Katsuaki Fujiwara mendahului senarai keseluruhan kategori SuperSports 600cc dengan 50 mata diikuti Azlan Shah Kamaruzaman (Boon Siew Honda Racing Malaysia) dengan 32 mata.
Manakala pelumba 17 tahun, Michael Edwards Jones (PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline) dikedudukan ketiga dengan 24 mata. Decha dan Chalermpol terikat di kedudukan keempat apabila masing-masing mengutip 20 mata.
No comments:
Post a Comment