jokisenja header

jokisenja header


Monday, October 4, 2010

Zambri Baba

Zambri Baba
ZAMRI SANDAR PENGALAMAN SUPERSPORTS 600cc

 
Menjadi pelumba Malaysia pertama bakal beraksi dalam saingan Moto2, kategori pertengahan terbaru dalam saingan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP), Mohd Zamri Baba menyandarkan pengalaman ketika beraksi dalam perlumbaan kategori SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) selama empat musim lepas.
 
Kedua-dua perlumbaan, Moto2 dan SuperSports 60cc menggunakan jentera berkapasiti 600cc empat lejang dan ia memberi sedikit kelegaan buat Zamri. Sekalipun, pelumba berusia 27 tahun itu tidak mempunyai pengalaman yang sebanyak dengan pelumba veteran, Ahmad Fuad Baharudin dalam perlumbaan SuperSports 600cc namun Zamri tetap yakin bahawa dia mampu untuk memahami karektor jentera Moto2 dalam masa yang singkat.
 
Pelumba PETRONAS Yamaha Malaysia yang beraksi dalam perlumbaan SuperSports 600cc sejak 2007 berkata, "Saya mencuba mesin Moto2 pada awal September lepas di Sepang dan dari aspek kuasa enjinnya, ia tidak banyak berbeza dengan mesin Yamaha R6 yang digunakan pada perlumbaan PETRONAS ARRC.
 

"Oleh itu, saya pasti tidak berdepan dengan sebarang masalah untuk mengendalilam mesin Moto2 memandangkan kapasiti enjin masih ditahap sama. Hanya yang perlu saya lakukan adalah menyesuaikan diri dengan keadaan mesin itu sahaja," jelas Zamri.   
 
Menurutnya lagi, "Bagaimanapun, ada sedikit perbezaan yang agak ketara terutamanya ketika mengendalikan casis ini dan ia cukup beza dari Yamaha R6. Berdasarkan kepada ujian singkat sebanyak 28 pusingan yang saya lakukan di Sepang lepas, saya mendapati enjin ini ringan dengan suspensi yang cukup sempurna. "Selain itu, pemegang jentera ini adalah pendek dan saya perlu menyesuaikan diri di bahagian tempat duduk bagi memberi keselesaan mengendalikan jentera ini. Buat masa ini saya hanya sempat memahami sebanyak 30 peratus tentang cirri-ciri Moto2 ini.
 
"Bagaimanapun, saya tidak runsing tentang perkara-perkara sebegini kerana hanya dengan banyak latihan baru saya boleh memahami tentang jentera Moto2 ini. Dengan itu, saya perlu menunggu sehingga 8 Oktober depan untuk mengetahui lebih banyak tentang mesin Moto2 ketika sesi ujian 1 pada hari Jumaat dan sekali lagi pada sesi ujian bebas ke-2 yang berlangsung pada pagi Sabtu. Selepas itu, saya perlu bersedia untuk mengharungi sesi kelayakan pada sebelah petang.

 
Walaupun berdepan dengan kesuntukan masa, Zamri jelas tidak getar sebaliknya menyifatkan segala pengalaman yang diraih pada saingan PETRONAS ARRC akan dimanipulasikan sebaik mungkin pada perlumbaan Moto2 kelak.
 
"Apa yang hadapi ketika ini lebih kurangsama seperti mana ketika berdepan perlumbaan PETRONAS ARRC, di mana saya memerlukan memahami trek baru dan mencari penyelarasan terbaik bagi jentera saya. Apa yang berbeza ketika ini ialah saya harus lebih memahami jentera itu dan mendapatkan penyelarasan terbaik untuk trek di Sepang yang tidak asing lagi buat saya.

 
"Di samping itu, saya meraih pengalaman selama empat musim bersaing dalam perlumbaan di pentas Asia bersama pelumba terbaik di benua ini seperti pelumba Thailand, Decha Kraisart dan Chalermpol Polamai, juara sebanyak 6 kali SuperSports 600cc, Toshiyuki Hamaguchi dari Jepun, dan juara Superbike Australia 2008, Glenn Allerton dan saya percaya cabaran yang saya terima di peringkat Asia itu mampu membantu saya pada penampilan sulung di gelanggang Moto2 kali ini," ujar Zamri.

No comments:

Post a Comment