jokisenja header

jokisenja header


Sunday, October 31, 2010

Cemerlang di Zhuhai

AZLAN Shah Kamaruzaman menghidupkan peluangnya muncul juara keseluruhan kelas Supersports 600cc pada Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC) selepas meraih 36 mata berharga pada perlumbaan Pusingan 5 di Litar Antarabangsa Zhuhai, China, semalam.

Menunggang jentera Petronas Yamaha Malaysia, Azlan kini mengumpul 123 mata untuk menduduki tempat ketiga keseluruhan, ketinggalan 35 mata di belakang pendahulu, Decha Kraisart dari pasukan Petronas Yamaha Thailand yang mengungguli kedua-dua perlumbaan semalam sementara juara bertahan, Chalermpol Polamai di tempat kedua dengan 126 mata.

Dengan hanya tinggal satu lagi pusingan iaitu di Losail, Qatar pada 16 hingga 19 Disember ini, hanya Azlan saja pelumba negara yang berpeluang menyekat dua pelumba Thailand berkenaan daripada meraih kejuaraan keseluruhan. Pada perlumbaan pertama semalam, Azlan memulakan perlumbaan di petak kelima, mempamerkan tunggangan cemerlang sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ketiga sementara Decha dan Chalermpol menguasai podium satu dua.

Azlan meneruskan tunggangan cemerlang pada perlumbaan kedua apabila menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang Decha sementara Chalermpol kali ini terpaksa berpuas hati dengan tempat ketiga.


“Keseluruhan, saya puas hati dengan keputusan kedua-dua perlumbaan kerana mencapai sasaran menaiki podium dan meraih sebanyak mungkin mata bagi menyaingi Decha dan Chalermpol.

“Saya tidak akan berputus asa untuk meraih kejuaraan keseluruhan kerana peluang sebenarnya masih terbuka luas. Apapun, saya perlu meneruskan tekanan ke atas Decha pada perlumbaan di Qatar.

No comments:

Post a Comment