Muncul juara termuda raih hatrik kategori CP130
PELUMBA berusia 16 tahun, Hafizh Syahrin Abdullah mencipta rekod baru apabila muncul juara termuda mencipta kemenangan ketiga berturut-turut apabila memenangi kategori CP130 pada Pusingan 8, Siri Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Litar Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, semalam.Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline menamatkan saingan 15 pusingan selepas berjaya meninggalkan pencabar terdekat, Mohd Zamri Baba dengan kelebihan 8.922 saat. Hafizh menamatkan perlumbaan dengan merakamkan 12 minit 36.209 saat manakala Zamri (PETRONAS Sprinta Yamaha AHM) dan rakan sepasukan Hafizh, Azlan Shah Kamaruzaman mengakhiri perlumbaan di tempat kedua dan ketiga dengan masing-masing mencatat 12:45.131s dan 12:46.113s.
“Semuanya berjalan lancar seperti dirancang. Saya memecut sebaik lampu merah dipadamkan dan cuba meninggalkan kelompok pelumba lain sejauh mungkin.”
Dengan kemenangan ini, Hafizh kini melonjak ke tangga kedua keseluruhan dengan 128 mata hanya ketinggalan 8 mata ke atas pendahulu ketika ini, Ahmad Fazli Sham (Shell Advance Yamaha Maju) yang mengumpul 136 mata. Sementara itu, Norizman Ismail dari Harian Metro SCK Honda Racing di tempat ketiga dengan 121 mata.
KEPUTUSAN
CP 130
1 Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Sprinta Yamaha Racelina) 12:36.209s
2 Mohd Zamri Baba (PETRONAS Sprinta Yamaha AHM) 12:45.131s
3 Azlan Shah Kamaruzaman (PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline) 12:46.113s
CP115
1 Mohd Adli Salihin (Motul Yamaha YY Pang) 15:07.644s
2 Mohd Ramdan Mohd Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha AHM) 15:08.146s
3 Mohd Rozaliman Zakaria (ZAR & HTM Motorsports Racing) 15:18.528s
Wira
1 Mohd Syawalludin Mohd Zaki (Modenas FortyOne Racing) 13:28.705s
2 Mohd Azhar Abdul Jalil (Motul Yamaha YY Pang)13:29.049s
3 Mohd Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang) 13:31.388s
Ucapan Tahniah dari jokisenja atas kejayaan semua pemenang-pemenang..kepada yang kalah jangan
berputus asa..mungkin hari ini bukan hari anda..cuba dan cuba lagi...

No comments:
Post a Comment