jokisenja header

jokisenja header


Friday, October 22, 2010

Fazli harus lebih berwaspada

FAZLI mengungguli kategori CP130
dalam Kejuaraan Cub Prix AAM
 Malaysia Petronas 2010 apabila
 memiliki kelebihan 17 mata
selaku pendahulu
 keseluruhan




STATUS selaku pendahulu kategori CP130, tidak boleh dianggap selesa buat Ahmad Fazli Sham.
Ini kerana dia perlu memberikan sepenuh tumpuan terhadap baki perlumbaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2010 bermula dengan Pusingan 8 di Litar Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang hujung minggu ini.
Tatkala saingan musim ini semakin melabuhkan tirainya, pengurus pasu- kan Shell Advance Yamaha Maju, Yong Yin Hoe berkata, Fazli perlu lebih berhati-hati dalam menyempurnakan misinya.
"Dia (Fazli) tidak boleh melakukan se- barang kesilapan kerana jurang perbe- zaan mata agak rapat," kata Yin Hoe.
"Kita sudah melangkah ke fasa terakhir musim yang dilihat amat genting.
"Kegagalan meraih podium dalam dua pusingan sebelum ini iaitu di Teluk Intan (Pusingan 6) dan Melaka (Pusingan 7) menyaksikan Norizman Ismail dan Hafizh Shahrin Abdullah mendapat peluang untuk merapatkan jurang mata dengan Fazli."
Ketika ini, Fazli mengumpul 127 mata diikuti Norizman (Harian Metro SCK Honda Racing) dengan 110 mata. Tempat ketiga pula dihuni Hafizh dari Petronas Sprinta Yamaha Raceline yang mengumpul 103 mata.
"Meskipun kami mahu Fazli sentiasa melakukan yang terbaik tetapi ia tidak bermakna dia perlu mengasak melangkaui kemampuannya.
"Tindakan keterlaluan pasti mengundang risiko. Contohnya, Fazli terbabas ketika sesi kelayakan di Teluk Intan tetapi dia bernasib baik ti- dak mengalami kecederaan.
"Jika tidak, pasti dia tidak mampu berlumba dalam saingan berikutnya dan menyaksikan dia tersingkir dari- pada saingan memburu gelaran juara keseluruhan.
"Buat masa ini adalah lebih bijak dan lebih baik andai kita mengambil pendekatan selamat sehingga gelaran sudah berada dalam genggaman," tambah Yin Hoe.
Ditanya mengapa Fazli gagal menaiki podium dalam dua pusingan sebelum ini, Yin Hoe berkata: "Kami tidak dapat menemui pelarasan yang paling jitu bagi jentera Fazli.
"Kami pasti jika Fazli berusaha lebih keras, pasti dia mampu menaiki podium tetapi kami mengambil pendekatan berhati-hati dengan memastikan dia menamatkan perlumbaan dan mengumpul sebanyak mana mata yang boleh.
"Bagaimanapun, pada minggu ini kami akan cuba menangani segala isu berkaitan jentera. Memandangkan Fazli yang mempunyai corak tungga- ngan agresif dengan pelarasan yang efisyen, memudahkan proses memburu podium tanpa mengambil risiko besar," katanya.
Sementara itu, peminat sukan permotoran yang tidak berkesempatan menyaksikan perlumbaan di Pekan, Pahang, masih berpeluang mengikuti saingan sengit kategori Wira, CP115 dan CP130 secara langsung menerusi Astro Arena (Saluran 801) pada hari Ahad, 24 Oktober bermula jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Safe Aim Mutual Sdn. Bhd. di talian 03-8733 8787 atau layari laman web www.malaysiancubprix.com.



Good Luck Fadzli Sham frm jokisenja

No comments:

Post a Comment