jokisenja header

jokisenja header


Sunday, August 7, 2011

ARRC: PELUMBA NEGARA JEJAK PODIUM DI CHENNAI




Dua pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman (Boon Siew Honda Racing Malaysia) dan Mohd Zamri Baba (PETRONAS Yamaha Malaysia) mempamerkan prestasi cemerlang apabila berjaya menjejakkan kaki di atas podium Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS 2011 yang berlangsung di Trek Lumba Motor Madras, Chennai hari ini.

Azlan muncul pemenang tempat kedua pada Perlumbaan 1 yang berlangsung sebanyak sembilan pusingan apabila ditamatkan selepas bendera merah dikibarkan dengan masa keseluruhan 15:49.505s. Zamri di kedudukan ketiga dengan catatan masa keseluruhan 15:49.910s.

Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline) di kedudukan kelapan dengan masa 15:59.699s.

Zamri kekal cemerlang dengan menduduki tempat kedua pada Perlumbaan 2 dengan masa 28:07.936s diikuti Emir di kedudukan ketujuh (28:22.126s), Hafizh kelapan (28:24.155s manakala malang menimpa Azlan apabila terjatuh pada Pusingan ke-14 ketika sedang mendahului perlumbaan.

Keputusan hari ini menyaksikan Azlan kekal di tangga kedua keseluruhan dengan 84 mata dan Zamri naik ke tangga ketiga dengan 65 mata. Fuad berada di kedudukan ke-10 dengan 35.5 mata.

Dalam kategori Underbone 115cc, kemunculan semula Mohd Ramdan Mohd Rosli (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM) di ARRC PETRONAS bermula cemerlang apabila menduduki tempat ketiga pada Perlumbaan 1 dengan masa keseluruhan 20:22.058s diikuti Mohd Affendi Rosli (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) di kedudukan keempat dengan masa 20:24.670s dan Mohd Rozaiman Mohd Said (Motul Yamaha YY Pang Racing) kelima dengan 20:24.833s.

Ahmad Afif Amran (Yamaha CKJ TJM Racing) mencuri tumpuan dengan menduduki tempat ketiga pada Perlumbaan 2 dengan masa 20:23.468s , rakan sepasukan Ramdan, Shahril Izzuwan Mohd Noor keempat dengan masa 20:23.883s dan Rozaiman di kedudkan kelima dengan 20:24.000s.

Shahril turun ke kedudukan ketiga keseluruhan dengan 76 mata diikuti Rozaiman dengan 50 mata dan Norizman Ismail di tangga ketujuh dengan 38 mata.

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari laman www.arrc.com.my or ikuti perkembangan semasa di www.facebook.com/AsiaRoadRacing

Issued by Global PR Sdn Bhd
Copyright to Safe Aim Mutual Sdn Bhd


No comments:

Post a Comment