jokisenja header

jokisenja header


Sunday, July 3, 2011

Zulfahmi Terlepas Kutip Mata di Itali


NASIB tidak menyebelahi penunggang sensasi Malaysia, Muhammad Zulfahmi Khairuddin (gambar) apabila terlepas mengutip mata pada perlumbaan kedua berturut-turut berikutan masalah teknikal yang dialami sepang perlumbaan hujung minggu di Mugello, Itali, Ahad.
Penunggang kelahiran Banting berusia 20 tahun itu menampilkan aksi kebangkitan menakjubkan apabila dia melonjak tujuh kedudukan daripada 25 untuk menamatkan perlumbaan 20 pusingan itu di tempat ke-18 dalam kelas 125cc.
“Saya memulakan perlumbaan dengan baik, dan berada di kedudukan ke-13 pada pusingan pertama dan sebelum memasuki pusingan kedua saya mengalami masalah gear shiffer pada gear ketiga saya.
“Ia adalah masalah sama yang saya alami ketika sesi memanaskan badan pagi sebelum perlumbaan dan saya terpaksa menggunakan gear kedua.
“Saya berasa kecewa kerana saya betul-betul yakin dapat mengutip mata minggu ini. Saya berharap dapat menggunakan jentera lebih baik pada perlumbaan akan datang,” kata penunggang Air Asia-SIC-Ajo itu.
Fahmi, yang dijulang atas keupayaannya untuk menyelamatkan diri daripada situasi sukar, meluru tujuh petak ke depan di grid hanya untuk tercicir tempat ke-15 yang bakal memberikannya satu mata.
Cuaca panas Mugello memenuhi impian Fahmi yang merakamkan catatan 2'03.375 pada sesi kelayakan basah Sabtu lalu dan dia sekali lagi mencatatkan masa memberangsangkan 40’60.06, 1'08.245s belakang juara, Nicolas Terol dari Sepanyol yang mewakili SPA Bankia Aspar Team.
Fahmi mengalami salah satu titik paling rendah dalam kerjaya pendeknya dalam kelas 125cc minggu lalu selepas gagal mencatatkan masa kelayakan di Assen, Belanda.
Penunggang itu mengembalikan maruahnya dengan aksi cemerlang, melonjak 21 tempat untuk menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 dan dalam proses meraih dua mata berharga.
Selepas pusingan kelapan, Fahmi jatuh satu anak tangga ke tempat ke-18 dengan 13 mata.
Dia mengutip enam mata untuk penamat tempat ke-10 di Jerez dan lima lagi mata pada perlumbaan berikutnya di Estoril untuk penamat tempat ke-11 dan dua lagi di Assen.

No comments:

Post a Comment