jokisenja header

jokisenja header


Friday, February 25, 2011

Lorenzo yakin pertahan gelaran


Penunggang Yamaha Jorge Lorenzo optimis untuk mempertahankan gelaran juara dunia pada musim ini selepas aksi positif semasa sesi ujian pra-musim yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dari 22-24 Februari.

SEPANG- Juara GP Motor Dunia 2010 Jorge Lorenzo melontarkan keyakinan untuk mempertahankan gelaran yang dirangkulnya pada musim ini.
Juara dunia tersebut ketika ini berada di Malaysia untuk sesi ujian kedua pra-musim GP Motor Dunia di Litar Antarabangsa Sepang.
"Untuk muncul juara bersama Yamaha adalah perkara bermakna dan sesuatu yang bersejarah. Tahun ini sangat istimewa, saya mahu menghadiahkan kejayaan buat pasukan pada musim ini," ujar penunggang berusia 23 tahun tersebut.
Tahun ini merupakan ulangtahun ke-50 Yamaha sepanjang penglibatan di dalam perlumbaan GP dunia dan Lorenzo mahu tahun ini menjadi sesuatu yang lebih istimewa buat pasukannya.
Di samping itu, Lorenzo turut meluahkan keyakinan dapat bekerjasama dengan baik bersama penunggang baru Ben Spies musim ini meskipun berbeza teknik berlumba.
Lebih menarik lagi, jentera baru Lorenzo menampilkan warna rasmi Yamaha iaitu biru bersama dengan logo nombor 'J1' yang akan diguna penunggang berasal dari Sepanyol tersebut.
Sesi ujian di Sepang berlangsung dari 22-24 Februari dan akan bersambung kemudiaannya di Qatar pada 13 Mac.

No comments:

Post a Comment