Pelumba Mohd. Ramdan Mohd. Rosli mahu mempamerkan aksi terbaik meskipun pertama kali beraksi di dalam kategori CP130 pada musim 2011 kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas. Gambar arkib
KUALA LUMPUR-Disebalik usia mudanya, peningkatan yang dipamerkan pelumba muda negara, Ramdan Rosli dalam sukan permotoran cukup memberangsangkan.
Kehebatan Ramdan di peringkat kebangsaan memberikan keyakinan kepada pengurus pasukannya untuk terus melebarkan bakatnya ke peringkat antarabangsa.
Ramdan yang bakal menduduki peperiksaan PMR tahun ini tidak menjadikan ia sebagai penghalang sebaliknya anak muda ini berazam untuk terus melebarkan pengalaman dan bakatnya dalam sukan permotoran.
Malah pengurus pasukan Petronas Sprinta Yamaha AHM, Kenny Chua menjelaskan beberapa perancangan telah dirangka khas untuk anak muda kelahiran Klang ini.
"Saya berharap untuk melakukan yang terbaik di dalam kategori baru yang akan saya bertanding. Ia pasti cabaran yang hebat.
"Namun, saya yakin dengan usaha dan strategi krew pasukan mampu membawa kami lebih jauh," ujar Ramdan.
Nama Ramdan melonjak selepas meraih kejuaraan kategori CP115 di Kejohanan Petronas AAM Malaysia Cup Prix.
Namun tahun ini, Ramdan tidak akan mempertahankan kejuaraannya bagi kategori CP115 sebaliknya akan berlumba untuk kategori CP130 yang akan bermula Mac ini.
Setakat ini, Ramdan sudah memenangi dua kejuaraan iaitu Cub Prix Malaysia Kategori CP115 tahun lalu serta juara cabaran 135LC Kejohanan Cub Prix Malaysia 2009.
No comments:
Post a Comment