jokisenja header

jokisenja header


Friday, February 25, 2011

Stoner terpantas ujian terakhir di Sepang


Penunggang Australia, Casey Stoner (kiri) sedang mengambil angin di pits semasa ujian pra musim kedua MotoGP di Litar Antarabngsa Sepang.

SEPANG - Penunggang Repsol Honda, Casey Stoner muncul pendahulu kelompok empat terbaik dalam ujian MotoGP pra musim kedua pada hari terakhir di Litar Sepang. 

Dia mencatatkan 1 min 59.665 saat dan mengekorinya rakan sepasukannya, Dani Pedrosa 1:59.803. Kedua-dua catatan tersebut melepasi rekod yang dicipta Valentino Rossi pada 2009.

Marco Simoncelli ditempat ketiga (2:00.163) dan seorang lagi penunggang Repsol Honda, Andrea Dovizioso dikalangan empat terbaik dengan catatan 2:00.541.

Trio Yamaha yang diketuai Ben Spies yang turut menyerlah di tempat kelima. 

Rossi yang memandu jentera Ducati sempat membuat 59 pusingan untuk berada di tempat ke-11 dengan catatan 2:01.469 sambil diikuti rakan sepasukannya, Nicky Hayden. 

Ujian selepas ini akan bertumpu di Qatar sebelum perlumbaanan sebenar berlangsung di Litar Antarabangsa Losail pada 20 Mac.

No comments:

Post a Comment