jokisenja header

jokisenja header


Sunday, November 28, 2010

Shariffudin tekad pamer aksi terbaik


KEKECEWAAN gagal meraih sebarang mata pada pusingan sebelum ini mahu ditebus Mohd Sharifuddin Shamsuddin (gambar) apabila menjanjikan kebangkitan pada Pusingan Akhir Kejohanan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 4 dan 5 Disember ini.
Pelumba Suzuki M-Seki Liberty Racing itu yang menamatkan perlumbaan di tangga ke-16 di Litar Sepang Selatan ketinggalan 25.716 saat dengan pemenang (15:26.884s) mengakui mengalami kesakitan di bahagian tumit ketika memberi fokus membuat pecutan di litar yang panjang.

Tidak mahu kelemahan itu terus menghantui kariernya, Sharifuddin memusatkan tekad untuk memberi aksi terbaik minggu depan di Padang Kota Lama.
Ketika ini, Sharifuddin menduduki tangga ke-19 dalam kedudukan keseluruhan pelumba CP115 dengan mengumpul 17 mata manakala rakan sepasukan, S Sasitharen di tempat ke-16 (22 mata) dan Elly Idzliaikmal Ilias di tempat ke-21 (12 mata).

“Reka bentuk litar di Pulau Pinang tidak semudah yang disangka. Litar itu lebih teknikal dengan empat pusingan dan kunci kepada kemenangan adalah kelajuan jika saya mahu mencapai sasaran menduduki 10 pelumba terbaik. Jika saya tidak boleh beraksi cemerlang di litar panjang, karier saya sebagai pelumba pasti tergugat kerana pasukan ini mahu pelumba serba boleh,” kata pelumba berusia 18 tahun itu.

Sharifuddin yang berasal dari Kuala Lumpur itu berkata: “Stamina memainkan peranan sangat penting untuk perlumbaan di Pulau Pinang. Memandangkan ia perlumbaan di litar pendek, perlumbaan itu sangat pantas dan pelumba miliki lebih stamina akan mempunyai kelebihan minggu depan.” Sementara itu, pendahulu kedudukan, Mohd Ramdan Mohd Rosli dari pasukan Pet ronas Sprinta Yamaha AHM Racing dengan mengumpul 162 mata diikuti Mohd Rozaiman Mohd Said dari Motul Yamaha YY Pang dengan (140 mata) dan rakan sepasukan, Mohd Adli Salihin (118 mata) terikat dengan Muhd Iskandar Raduan dari Petronas Sprinta Yamaha Raceline.

Ketika ditanya mengenai siapakah yang bakal meraih gelaran CP115, Sharifuddin berkata: “Ramdan memiliki peluang baik untuk merangkul kejuaraan. Dia mempamerkan peningkatan meskipun tampil kali pertama musim ini dalam CP115. Apa yang dia perlu lakukan adalah menamatkan perlumbaan di tangga ke-12 untuk meraih empat mata bagi mengesahkan kejuaraan.

Friday, November 26, 2010

Emir harung cabaran


SELEPAS mengharungi musim penuh cabaran, pasukan Idemitsu Honda Racing berharap usaha keras mereka membuahkan hasil pada pusingan penutup tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Pulau Pinang pada 4 dan 5 Disember ini.
Pengurus pasukan, Rodney Peh menganggap perlumbaan di sekitar kawasan Padang Kota Lama itu tidak menjanjikan apa-apa kelebihan buat pasukannya walaupun ia adalah gelanggang sendiri.

Sebaliknya, Rodney berharap sokongan moral penyokong tempatan, ahli keluarga serta rakan menyuntik semangat bersaing di kalangan ahli pasukannya sekali gus membolehkan mereka memberikan persembahan terbaik.
Selepas Pusingan 9 di Litar Sepang Selatan minggu lalu, Muhd Emir Firdaus Hasan dan Ahmad Fazrul Sham yang berentap dalam kelas CP130 berada di tempat ke-10 dengan 47 mata manakala Fazrul Sham di tempat ke-13 dengan 25 mata.

Sementara itu, dalam kategori CP115, Nor Hisham Amran dan Mohd Habibullah Mohd Salleh berada di tempat ke-27 dan ke-29.

“Pada pendapat saya, kami tidak memiliki kelebihan beraksi di Pulau Pinang walaupun ia adalah gelanggang sendiri kerana pencabar membuktikan mereka memiliki jentera lebih pantas. Tambahan pula, saya rasa tiada siapa mempunyai pengalaman lebih beraksi di Litar Padang Kota Lama kerana ini kali kedua digunakan untuk kejohanan,” ujar Rodney.

Rodney turut membayangkan keberkesanan jentera isu utama menentukan pemenang.

“Pelarasan kami gunakan tidak cukup mantap bagi menampung berat badan pelumba dan hasilnya kami kurang kompetitif. Bagaimanapun, saya pasti saingan akan datang lebih baik kerana mekanik menemui pelarasan lebih baik.” Dengan itu, Rodney berharap anak buahnya mengekalkan rentak di kelompok hadapan.
“Mustahil kami mengakhiri saingan di atas podium memandangkan pencabar kami lebih konsisten dan pantas. Tetapi, saya yakin Emir, Faz rul, Hisham dan Habibullah mampu menamatkan perlumbaan di kalangan kelompok hadapan dengan pelarasan baru serta sokongan penyokong,” katanya lagi.

Selain Idemitsu Honda racing, Pulau Pinang turut diwakili Boon Siew Honda HMC dan Aap HMC Racing. Ini adalah musim pertama mereka beraksi di sini oleh itu sasaran mereka minggu hadapan adalah muncul naib juara perlumbaan.

Thursday, November 25, 2010

Perebutan naib juara Wira tetap hangat


REBUTAN TEMPAT KEDUA HANGAT
Azhar dan Syawal nekad cari kemenangan walaupun sibuk dengan peperiksaan 



Walaupun sibuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mohd Azhar Abdul Jalil dan Muhd Syawalludin Muhd Zaki nekad untuk memberikan persembahan terbaik pada pusingan penutup tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 4 dan 5 Disember ini.


Pada waktu ini, kedua pelumba ini di dalam perebutan untuk memenangi tempat kedua di dalam carta keseluruhan kelas Wira di belakang Mohd Adib Rosley yang telah pun bergelar Juara Wira 2010 pada pusingan 9 di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) minggu lalu.



Azhar (Motul Yamaha YY Pang) kini berdiri di tangga kedua dengan catatan 133 mata manakala Syawal (Modenas FortyOne Racing) berada di tempat ketiga dengan 125 mata. Dengan perbezaan lapan mata, kedua-dua pelumba ini jelas bersemangat untuk saingan minggu depan. 



Azhar yang berasal dari Selangor memberikan komen, "Pusingan akhir musim 2010 ini pasti mencabar kerana saya terpaksa membahagikan fokus pada peperiksaan dan juga kedudukan kedua di dalam carta keseluruhan. Mujurlah, pada waktu saingan  saya tidak mempunyai apa-apa peperiksaan sehingga 15 Disember," jelas pelumba berusia 17 tahun itu.



Juara Wira 2009 itu turut menambah, "Saya kurang senang apabila memikirkan Syawal hanya lapan mata kurang dari saya. Saya bertambah kecewa lagi apabila mengenang kembali kegagalan mengutip sebarang mata pada perlumbaan di Sepang ekoran kegagalan jentera. 



"Oleh itu, pada pusingan akhir ini, saya berharap untuk membentuk strategi pasukan dengan Adib. Saya pasti dengan bantuannya saya boleh menghabiskan perlumbaan di hadapan Syawal sekaligus merampas kemenangan kedua saya untuk musim ini," ujar Azhar yang muncul juara di Penang musim lepas.







Sementara itu, Syawal menjangkakan saingan sengit di litar Padang Kota Lama, "Walaupun lebih kecil dari litar Sepang, Pusingan 10 bagi saya merupakan sebuah lagi perlumbaan yang memberikan fokus pada aspek kelajuan jentera kerana hanya terdapat empat selekoh. Saya yakin dengan pelarasan jentera sekarang, saya boleh memberikan tekanan pada Azhar. Walau bagaimanapun saya masih perlu berhati-hati kerana Azhar mempunyai rekod baik di situ dan Adib pasti akan membantunya," jelas Syawal yang berasal dari Terengganu itu.




KUALA LUMPUR - Walaupun menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mohd. Azhar Abdul Jalil dan Muhd. Syawalludin Muhd Zaki mahu memberikan persembahan terbaik pada pusingan penutup tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 4 dan 5 Disember ini.

Kedua-dua pelumba itu bersaing merebut naib juara kelas Wira di belakang Mohd. Adib Rosley, yang telah pun bergelar juara kelas tersebut pada pusingan 9 di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) minggu lalu.

Azhar (Motul Yamaha YY Pang) kini di tangga kedua dengan 133 mata, manakala Syawal (Modenas FortyOne Racing) di tempat ketiga dengan 125 mata.
Dengan perbezaan lapan mata, kedua-dua pelumba itu bersemangat untuk saingan minggu depan.

Azhar berkata: "Perlumbaan terakhir ini begitu mencabar kerana saya terpaksa membahagikan fokus pada peperiksaan dan juga kedudukan kedua di dalam carta keseluruhan.
''Mujurlah pada perlumbaan nanti saya tidak menduduki kertas ujian SPM sehingga 15 Disember," jelas pelumba berusia 17 tahun itu.

Juara Wira 2009 itu turut menambah: "Saya kurang senang apabila memikirkan Syawal hanya lapan mata di belakang saya. Saya bertambah kecewa apabila mengenang kembali kegagalan mengutip sebarang mata pada perlumbaan di Sepang ekoran kegagalan jentera.

"Oleh itu, pada pusingan akhir ini, saya berharap untuk membentuk strategi pasukan dengan Adib. Saya pasti dengan bantuannya saya boleh menghabiskan perlumbaan di hadapan Syawal sekaligus merampas kemenangan kedua saya untuk musim ini," ujar Azhar yang muncul juara di Pulau Pinang musim lepas.

Sementara itu, Syawal menjangkakan saingan sengit di litar Padang Kota Lama.
"Walaupun lebih kecil dari litar Sepang, pusingan 10 bagi saya merupakan sebuah lagi perlumbaan yang memberikan fokus pada aspek kelajuan jentera kerana hanya terdapat empat selekoh. Saya yakin dengan pelarasan jentera sekarang, saya boleh memberikan tekanan pada Azhar. Walau bagaimanapun, saya masih perlu berhati-hati kerana Azhar mempunyai rekod baik di situ dan Adib pasti akan membantunya," jelas Syawal yang berasal dari Terengganu.

Idam tempat kedua Wira

WALAUPUN sibuk dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mohd Azhar Abdul Jalil  dan Muhd Syawalludin Muhd Zaki nekad untuk memberikan persembahan terbaik pada pusingan penutup tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 4 dan 5 Disember ini.
Pada waktu ini, kedua-dua pelumba bersaing merebut tempat kedua carta keseluruhan kelas Wira di belakang Mohd Adib Rosley yang mengesahkan kejuaraan pada pusingan 9 di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) minggu lalu.

Azhar (Motul Yamaha YY Pang) kini unggul di tempat kedua dengan 133 mata manakala Syawal (Modenas FortyOne Racing) di tempat ketiga dengan 125 mata. Azhar, 17, yang berasal dari Selangor berkata, perlumbaan terakhir musim ini lebih mencabar kerana terpaksa membahagikan tumpuannya kepada peperiksaan dan juga perebutan carta keseluruhan.
“Mujurlah, pada waktu saingan saya tidak mempunyai apa-apa peperiksaan sehingga 15 Disember.

“Saya agak gelisah memikirkan Syawal hanya kurang lapan mata. Tambah mengecewakan apabila mengenang kegagalan mengutip sebarang mata pada perlumbaan di Sepang ekoran masalah jentera. “Atas sebab itulah, pada pusingan akhir ini, saya harap membentuk strategi pasukan dengan Adib. Saya pasti dengan bantuannya saya boleh menghabiskan perlumbaan di hadapan Syawal sekali gus mencipta kemenangan kedua musim ini,” kata juara Wira 2009 itu.

Sementara itu, Syawal menjangkakan saingan sengit di Litar Padang Kota Lama awal bulan depan.

“Walaupun lebih kecil daripada litar Sepang, Pusingan 10 bagi saya satu perlumbaan yang memberikan fokus pada aspek kelajuan jentera kerana hanya terdapat empat selekoh. Saya yakin dengan pelarasan jentera pada masa ini dan mampu memberikan tekanan pada Azhar. “Bagaimanapun, saya perlu berhati-hati kerana Azhar mempunyai rekod baik di situ dan Adib pasti membantunya,” kata pelumba berasal dari Terengganu itu.

PENUTUPAN JALAN DI PULAU PINANG


Bagi memastikan perlumbaan berjalan dengan lancar, beberapa jalan di Pulau Pinang akan ditutup dari 3 Disember (Jumaat) dari pukul 6 pagi hingga 6 Disember (Isnin) 6 pagi.

Penutupan jalan ini bukan sahaja untuk memastikan kerja-kerja persiapan berjalan dengan lancar tetapi ia juga bagi memastikan keselamatan orang awam.

Jalan-jalan yang terlibat adalah Jalan Pengkalan Weld heading menghala ke Jalan Lebuh Light, Jalan Lebuh Farquhar menghala ke Jalan Lebuh Light and Jalan Lebuh Pantai menghala ke Jalan Lebuh Light, Jalan Tun Syed Shah Barakbah dan Jalan Pengkalan Weld.

Jalan-jalan lain yang terlibat adalah Jalan Lebuh King menghala ke Jalan Lebuh Light dan Jalan Lebuh Light menghala ke Lebuh Penang.

Peperiksaan bukan penghalang Azhar, Syawal



Aksi Muhd Syawalludin Muhd Zaki ketika di Sepang. (gambar arkib)

KUALA LUMPUR, Walaupun sibuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mohd Azhar Abdul Jalil dan Muhd Syawalludin Muhd Zaki nekad untuk memberikan persembahan terbaik pada pusingan penutup tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 4 dan 5 Disember ini.

Pada waktu ini, kedua pelumba ini di dalam perebutan untuk memenangi tempat kedua di dalam carta keseluruhan kelas Wira di belakang Mohd Adib Rosley yang telah pun bergelar Juara Wira 2010 pada pusingan 9 di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) minggu lalu.

Azhar (Motul Yamaha YY Pang) kini berdiri di tangga kedua dengan catatan 133 mata manakala Syawal (Modenas FortyOne Racing) berada di tempat ketiga dengan 125 mata. 

Dengan perbezaan lapan mata, kedua-dua pelumba ini jelas bersemangat untuk saingan minggu depan. 

Azhar yang berasal dari Selangor memberikan komen, "Pusingan akhir musim 2010 ini pasti mencabar kerana saya terpaksa membahagikan fokus pada peperiksaan dan juga kedudukan kedua di dalam carta keseluruhan. Mujurlah, pada waktu saingan  saya tidak mempunyai apa-apa peperiksaan sehingga 15 Disember," jelas pelumba berusia 17 tahun itu.

Juara Wira 2009 itu turut menambah, "Saya kurang senang apabila memikirkan Syawal hanya lapan mata kurang dari saya. Saya bertambah kecewa lagi apabila mengenang kembali kegagalan mengutip sebarang mata pada perlumbaan di Sepang ekoran kegagalan jentera. 

"Oleh itu, pada pusingan akhir ini, saya berharap untuk membentuk strategi pasukan dengan Adib. Saya pasti dengan bantuannya saya boleh menghabiskan perlumbaan di hadapan Syawal sekaligus merampas kemenangan kedua saya untuk musim ini," ujar Azhar yang muncul juara di Penang musim lepas.

Sementara itu, Syawal menjangkakan saingan sengit di litar Padang Kota Lama, "Walaupun lebih kecil dari litar Sepang, Pusingan 10 bagi saya merupakan sebuah lagi perlumbaan yang memberikan fokus pada aspek kelajuan jentera kerana hanya terdapat empat selekoh. 

"Saya yakin dengan pelarasan jentera sekarang, saya boleh memberikan tekanan pada Azhar.

Walau bagaimanapun saya masih perlu berhati-hati kerana Azhar mempunyai rekod baik di situ dan Adib pasti akan membantunya," jelas Syawal yang berasal dari Terengganu itu.

PENTAS TERAKHIR (Hafiq Sasar Bawa Pengalaman Cub Prix ke Redbull Rookies)

BIARPUN bergelut melakukan persediaan menghadapi saingan Kejuaraan Redbull MotoGP Rookies Cup tahun depan, pelumba muda negara, Amirul Hafiq Md Azmi tetap optimis dan mahu memberi persembahan terbaik pada pusingan terakhir siri Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2010 di Padang Kota Lama Pulau Pinang pada 4 dan 5 Disember ini.
 
Pelumba berusia 14 tahun itu antara pelumba muda dari serata dunia yang terpilih untuk cabaran Redbull Rookies setelah memperagakan aksi terbaik pada sesi pemilihan yang diadakan di Litar Monteblanco, Sevilla, Sepanyol September lepas.
 
Atas itu, dia meletakkan pusingan terakhir di Pulau Pinang selaku gelanggang pemanas badan sebelum berangkat ke New Zealand bagi menyesuaikan diri dengan jentera GP125.
 
Sekalipun, jentera dan litar yang bakal digunakan amat jauh berbeza berbanding cabaran Cub Prix, Hafiq menyifatkan elemen asas sukan permotoran masih sama. Oleh itu, dia berharap pengalaman yang diraih di arena Cub Prix sepanjang tahun ini, mampu membantunya berdepan dengan cabaran yang bakal dihadapinya di Eropah tahun depan.
 
Ketika ini, Hafiq yang mewakili pasukan MOS Yamaha Racing berada di tangga ke-7 kedudukan keseluruhan Kelas Wira dengan 53 mata sementara juara 2010, Mohd Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang) menerajui saingan dengan 166 mata.
 
Ditempat kedua muncul rakan sepasukan Adib, Mohd Azhar Abd Jalil di dengan 133 mata sementara Muhd. Syawalludin Mohd Zaki (Modenas FortyOne Racing) di tempat ketiga dengan 125 mata.
 
"Saya tidak sabar untuk berlumba di Penang bulan hadapan. Bagi saya, ia satu latihan yang baik sebelum saya menumpukan perhatian penuh pada jentera GP125. Sekalipun dari segi jentera ia jelas jauh berbeza namun saya percaya faktor penting seperti stamina, skil dan strategi perlumbaan masih sama." Jelas Hafiq yang menamatkan perlumbaan di atas podium di Kluang (Pusingan 2) dan Sepang (Pusingan 4).
 
Hafiq turut menambah, "Cub Prix memberikan saya banyak pendedahan kepada sukan pemotoran. Di sini saya banyak mempelajari mengenai kesilapan saya sebagai pelumba.
 
"Tetapi kebelakangan ini, prestasi saya kurang memberangsangkan. Walaupun begitu, saya tiada niat untuk berputus asa kerana Cub Prix merupakan tempat yang paling ideal untuk saya memajukan diri. Oleh itu, saya akan cuba untuk kumpul seberapa banyak pengalaman yang boleh pada pusingan terakhir di Penang minggu hadapan sebelum beralih ke Kejuaraan Redbull MotoGP Rookies Cup," ujar Hafiq.
 
Bercakap mengenai sasarannya pada perlumbaan minggu hadapan, Hafiq berkata, "Jika boleh, saya mahu menang pada pusingan ini. Saya pernah beraksi di sana (Pulau Pinang) musim lepas namun hampa ekoran masalah teknikal saya gagal meneruskan perjuangan ke sesi kelayakan dan perlumbaan akhir. Saya harap, nasib menyebelahi saya musim ini," ulas Hafiq.
 

Wednesday, November 24, 2010

Zulfahmi congak musim depan


KUALA LUMPUR,  Penunggang MotoGP kelas 125cc negara, Zulfahmi Khairuddin bersedia memberikan cabaran lebih hebat dalam kalendar Motogp 2011.

Anak jati Banting itu mengumpul empat mata dalam pendedahan sulungnya musim ini. 


"jokisenja berharap beliau dapat memulakan persiapan lebih awal kali ini dengan motosikal yang lebih baik. Jika segalanya berjalan lancar beliau pasti akan dapat melakukan yang lebih baik lagi,InsyaAllah,sama-samalah kita dokan kejayaan beliau di musim hadapan" 


Di temui ketika menghadiri kejuaraan Cub Prix Petronas AAM Malaysia pusingan ke 9 di Sepang tempoh hari.


Hafiq Sasar Bawa Pengalaman Cub Prix ke Redbull Rookies



Amirul Hafiq Md Azmi dalam persediaan menghadapi saingan Kejuaraan Redbull MotoGP Rookies Cup tahun depan.

KUALA LUMPUR,Biarpun bergelut melakukan persediaan menghadapi saingan Kejuaraan Redbull MotoGP Rookies Cup tahun depan, pelumba muda negara, Amirul Hafiq Md Azmi tetap optimis dan mahu memberi persembahan terbaik pada pusingan terakhir siri Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2010 di Padang Kota Lama Pulau Pinang pada 4 dan 5 Disember ini.

Pelumba berusia 14 tahun itu antara pelumba muda dari serata dunia yang terpilih untuk cabaran Redbull Rookies setelah memperagakan aksi terbaik pada sesi pemilihan yang diadakan di Litar Monteblanco, Sevilla, Sepanyol September lepas.

Atas itu, dia meletakkan pusingan terakhir di Pulau Pinang selaku gelanggang pemanas badan sebelum berangkat ke New Zealand bagi menyesuaikan diri dengan jentera GP125.

Sekalipun, jentera dan litar yang bakal digunakan amat jauh berbeza berbanding cabaran Cub Prix, Hafiq menyifatkan elemen asas sukan permotoran masih sama. Oleh itu, dia berharap pengalaman yang diraih di arena Cub Prix sepanjang tahun ini, mampu membantunya berdepan dengan cabaran yang bakal dihadapinya di Eropah tahun depan.

Ketika ini, Hafiq yang mewakili pasukan MOS Yamaha Racing berada di tangga ke-7 kedudukan keseluruhan Kelas Wira dengan 53 mata sementara juara 2010, Mohd Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang) menerajui saingan dengan 166 mata.

Ditempat kedua muncul rakan sepasukan Adib, Mohd Azhar Abd Jalil di dengan 133 mata sementara Muhd. Syawalludin Mohd Zaki (Modenas FortyOne Racing) di tempat ketiga dengan 125 mata.

“Saya tidak sabar untuk berlumba di Penang bulan hadapan. Bagi saya, ia satu latihan yang baik sebelum saya menumpukan perhatian penuh pada jentera GP125. Sekalipun dari segi jentera ia jelas jauh berbeza namun saya percaya faktor penting seperti stamina, skil dan strategi perlumbaan masih sama.” Jelas Hafiq yang menamatkan perlumbaan di atas podium di Kluang (Pusingan 2) dan Sepang (Pusingan 4).

Hafiq turut menambah, “Cub Prix memberikan saya banyak pendedahan kepada sukan pemotoran. Di sini saya banyak mempelajari mengenai kesilapan saya sebagai pelumba.

“Tetapi kebelakangan ini, prestasi saya kurang memberangsangkan. Walaupun begitu, saya tiada niat untuk berputus asa kerana Cub Prix merupakan tempat yang paling ideal untuk saya memajukan diri. Oleh itu, saya akan cuba untuk kumpul seberapa banyak pengalaman yang boleh pada pusingan terakhir di Penang minggu hadapan sebelum beralih ke Kejuaraan Redbull MotoGP Rookies Cup,” ujar Hafiq.

Bercakap mengenai sasarannya pada perlumbaan minggu hadapan, Hafiq berkata, “Jika boleh, saya mahu menang pada pusingan ini. Saya pernah beraksi di sana (Pulau Pinang) musim lepas namun hampa ekoran masalah teknikal saya gagal meneruskan perjuangan ke sesi kelayakan dan perlumbaan akhir. Saya harap, nasib menyebelahi saya musim ini,” ulas Hafiq.

Tak sangka menang - Norizman



Kejayaan Md Affendi Rosli (kiri) pada saingan di India musim lalu memberikan Norizman Ismail (kanan) inspirasi untuk mencari podium pada Pusingan 4 ARRC yang akan berlangsung di India.

SEPANG, Kejayaan muncul juara pada pusingan ke-9 Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM PETRONAS yang berlangsung hujung minggu lalu nyata diluar sangkaan Norizman Ismail kerana mengganggap para pencabarnya mempunyai banyak kelebihan berbanding dirinya di Litar Sepang.
Malahan penunggang Harian Metro SCK Honda Racing tersebut tidak menyangka dapat beraksi lebih laju dan menguasai kedudukan hadapan sehingga tamat perlumbaan.
"Saya dan krew pasukan tidak sangka dapat menang disini, kami sangat bersyukur," kata Norizman.
"Litar disini bukan sinonim dengan saya kerana para pencabar saya lebih mahir dan cekap di sini berbanding saya."
Norizman memulakan perlumbaan dengan konsisten apabila berjaya berada di dalam kelompok hadapan dan selepas beberapa pusingan kehebatan pelumba ini sukar disekat dan berjaya memintas dua pencabarnya iaitu Zamri dan Hafizh untuk sekaligus muncul juara.
Norizman sekarang mendahului kedudukan penunggang keseluruhan dengan 146 mata dan dipisahkan satu mata dengan Ahmad Fazli Sham Shell Advance Yamaha Maju).
Pusingan akhir di Pulau Pinang akan menjadi penentu buat Norizman samaada dinobat juara atau tidak, ia pasti menjanjikan saingan sengit di antara tiga pelumba iaitu Fazli dan Hafizh yang masih berpeluang untuk memintas.

Tuesday, November 23, 2010

CUB PRIX MELABUHKAN TIRAI 2010 DI PENANG


Selepas sembilan pusingan berlalu, Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS kini bakal melabuhkan tirainya dengan Pusingan akhir di Litar Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 4 dan 5 Disember ini.



Ini merupakan kali kedua Pulau Pinang menjadi tuan rumah bagi Kejuaraan Cub Prix. Tahun lepas menyaksikan ribuan penduduk tempatan dan juga pelancong asing memeriahkan venue yang baru sahaja diperkenalkan itu.



Walau bagaimanapun, saingan final tahun ini dijangka lebih sengit dari tahun sebelumnya ekoran makhota juara kelas CP130 dan CP115 masih belum dimiliki mana-mana pelumba. Tambahan pula, jarak mata bagi mereka di dalam perebutan amat rapat sekali.



Di dalam kelas CP130, tiga pelumba teratas hanya mempunyai jarak satu mata masing-masing. Norizman Ismail (Harian Metro SCK Honda Racing) kini menguasai carta keseluruhan dengan 146 mata. Tempat kedua muncul Ahmad Fazli Sham (Shell Advance Yamaha Maju) dengan 145 mata dan rookie, Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline) menduduki tangga ketiga dengan 144 mata.



Walaupun peluang untuk Mohd Zamri Baba (PETRONAS Sprinta Yamaha AHM Racing) merampas gelaran juara agak tipis, namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil sama sekali kerana dia kini berada di tempat keempat dengan 127 mata, hanya 19 mata kurang dari pendahulu.



Di dalam kelas CP115 pula, Mohd Ramdan Mohd Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha AHM Racing) yang gagal menobatkan dirinya selaku Juara CP115 musim 2010 di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) hujung minggu lalu dijangka akan menebus kekecewaannya di Penang minggu hadapan. Pelumba berusia 14 tahun ini mendominasi carta keseluruhan CP115 dengan catatan 162 mata, 22 mata lebih dari pesaing terdekat Mohd Rozaiman Mohd Said (Motul Yamaha YY Pang) yang mempunyai 140 mata.



Sementara itu, rakan sepasukan Rozaiman, Mohd Adli Salihin berkongsi kedudukan ketiga dengan Muhd Iskandar Raduan (PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline) dengan 118 mata.





     PUSINGAN 10:LITAR PADANG KOTA LAMA, PENANG

                                                                    (4-5 December 2010)




Monday, November 22, 2010

KEPUTUSAN ZAIDY DI SEPANG DIBATALKAN


Kejayaan Zaidy Mohd Zaifaizal dengan memperolehi tempat keempat pada perlumbaan akhir CP115 dibatalkan akibat tingkah laku perlumbaannya yang tidak beretika di Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) semalam. Selepas mesyuarat rasmi, steward perlumbaan bersetuju sebulat suara untuk membatalkan keputusan pelumba Motul Yamaha YY Pang tersebut serta menggantung penyertaannya pada Pusingan 10 yang akan berlangsung di Padang Kota Lama, Penang pada 4 dan 5 Disember ini. Selain itu, Zaidy juga dikenakan denda sebanyak RM500.   Akibatnya, 13 mata yang dipungut Zaidy di Sepang ditarik balik dan kedudukan keseluruhannya menjunam dari kedudukan keenam ke tempat kelapan dengan pungutan 67 mata. Bukan sahaja itu, malah harapannya untuk memperbaiki kedudukan di dalam carta keseluruhan kelas CP115 terus berkecai kerana dia tidak dapat beraksi pada pusingan akhir. Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM), selaku promoter Kejuaraan memberikan komen, "Tingkah laku yang tidak beretika seperti dilakukan Zaidy tidak mungkin terlepas dari pandangan. Ini adalah kesalahan yang serius dan saya berharap pasukan serta pelumba akan mengambil iktibar dari kesilapannya." Pembatalan keputusan Zaidy pada perlumbaan tersebut tidak mempengaruhi kedudukan Mohd Ramdan Mohd Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha AHM Racing) serta rakan sepasukannya, Shahril Izzuwan Mohd Noor dan juga Md Rozaiman Mohd Said (Motul Yamaha YY Pang). Sebaliknya pembatalan tersebut, meletakkan rakan sepasukan Zaidy, Mohd Adli Salihin seri dengan Mohd Iskandar Raduan (PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline) di tempat ketiga dengan 118 mata. Mohd Rozaliman Zakaria (ZAR & HTM Motorsports Racing) pula menaiki tangga keenam dengan 74 mata diikuti Mohd Firdaus Musa (CKJ Motorsports) dengan 70 mata. Kedudukan Motul Yamaha YY Pang di dalam carta keseluruhan Anugerah Pasukan turut merasakan tempias apabila mereka turun satu anak tangga ke tempat ketiga dengan catatan 168 mata manakala PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline naik tempat kedua dengan 181 mata.

ADIB SAH GELARAN JUARA Norizman Tunjuk Taring Di Sepang, Ramdan Kena Tunggu

WIRA


Pelumba Motul Yamaha YY Pang, Mohd Adib Rosley mengesahkan kedudukan selaku juara kategori Wira 2010 selepas merakam kemenangan keenam pada Pusingan 9 siri Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang hari ini. 
Adib menjulang mahkota kejuaraan lebih awal selepas pencabar terdekat dan rakan sepasukan di dalam perebutan gelaran, Mohd Azahar Abd Jalil gagal menamatkan perlumbaan.

Kejayaan Adib itu sekali gus menebus kekecewaan yang dialami musim lepas selepas hanya muncul naib juara. di belakang Azhar.

Dia mencatat 12:57.637 saat untuk menamatkan cabaran 9 pusingan mengatasi Md Syawalludin Md Zaki (FortyOne Racing) dengan perbezaan 0.037 saat.  Sementara itu, Zulsyafiz Rosli (MOS Yamaha Racing) berada di tempat ketiga dengan masa 13:04.611 saat

Pada perlumbaan akhir itu, Adib, Azhar dan Syawal silih berganti menerajui saingan sebelum Azhar menarik diri pada pusingan ke-7 ekoran masalah jentera.
"Ia satu perlumbaan yang sengit dan saya tidak menyangka mampu muncul juara di sini kerana tentangan Azhar dan Syawal cukup hebat. Namun saya bersimpati dengan nasib Azhar yang gagal menamatkan perlumbaan akhir kali ini," ujar Adib yang mensasarkan kedudukan podium bagi perlumbaan terakhir di Pulau Pinang, Disember depan.
Adib kini mempunyai 166 mata sementara Azhar kekal di tempat kedua dengan 133 mata diikuti Syawal di tempat ketiga dengan 125 mata.


CP130


Sementara itu, dalam pertempuran kelas perdana, Norizman Ismail sekali lagi membuktikan kehebatan beraksi di litar panjang selepas mengenepikan cabaran pelumba lain dan mendominasi perlumbaan akhir kategori CP130.
Penunggang pasukan Harian Metro SCK Honda Racing yang memulakan saingan di petak ketiga pantas berada di kelompok depan sebaik perlumbaan bermula dan sesekali dilihat cuba memimpin. Namun tiba pertengahan saingan, dia bertindak bijak meninggalkan pencabar lain.
"Pada 4 pusingan awal saya menghadapi kesukaran untuk meloloskan diri daripada pencabar saya. Hanya selepas itu baru saya dapat menjarakkan diri dan seterusnya saya hanya kekal konsisten sehingga ke garisan penamat.
"Walaupun jentera Honda saya cukup kompetitif, saya tidak jangka boleh muncul juara di sini. Ini kerana saya memulakan perlumbaan dari petak ketiga dan hanya meraih keputusan selaku pelumba kedua terpantas pada hari Sabtu. Ini belum menyakinkan saya untuk bergelar juara,"  ujar Norizman ketika mengulas mengenai persembahannya. 
Pelumba kelahiran Sungai Buloh itu menyempurnakan 13 pusingan dengan catatan masa 17:45.950 saat dengan kelebihan 2.254 saat di depan Md Zamri Baba (PETRONAS Sprinta Yamaha AHM) di tempat kedua (17:48.204 saat) sementara Hafizh Syahrin Abdullah dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline di tempat ketiga dengan masa 17:48.248 saat.  
Kemenangan Norizman membolehkannya merampas kedudukan selaku pendahulu dengan kutipan 146 mata- kelebihan satu mata ke atas Ahmad Fazli Sham (Shell Advance Yamaha Maju Motor) 145 mata diikuti Hafizh di tempat ketiga dengan 144 mata.
Dalam perebutan Anugerah Berpasukan CP130, pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline terus menerajui dengan kutipan 236 mata diikuti PETRONAS Sprinta Yamaha AHM (227 mata) sementara Shell Advance Yamaha Maju Motor di tempat ketiga dengan 196 mata.
Menyentuh mengenai penentuan merebut gelaran juara CP130 yang akan berlangsung di Pulau Pinang, awal Disember ini, bekas juara Expert 2005 sekadar meramalkan peluangnya masih terbuka dengan tiga pencabar lain.
"Musim lepas saya menggunakan jentera berbeza dan sudah tentu ia memberi definasi yang cukup berbeza. Tambahan pula, pada aksi pusingan akhir lepas, saya sekadar merasai pengalaman di sesi kelayakan sahaja.
"Bagi saya, peluang masih terbuka di antara saya, Fazli, Hafizh dan Zamri untuk bergelar juara musim ini," jelas Norizman.


CP115


Sementara itu, hasrat pendahulu keseluruhan kategori CP115, Md Ramdan Md Rosli untuk meraih kemenangan lebih awal tidak kesampaian apabila dia sekadar menduduki tempat ketiga pada perlumbaan akhir.
Sebaliknya, Md Rozaiman Md Said (Motul Yamaha YY Pang) terus memberi tekanan ke atas pendahulu itu selepas berjaya memintas di saat-saat akhir rakan sepasukan Ramdan, Shahril Izzuwan Mohd Noor dengan catatan masa 15:26.884 saat disusuli Shahril (15:26.922 saat) sementara Ramdan di tempat ketiga dengan mas 15:26.962 saat.
"Strategi antara saya dan Zaidy Md Zaifaizal adalah untuk membantu satu sama lain. Jika sesiapa di depan, salah seorang perlu menolong rakan dibelakang bagi memintas angin.
"Kejayaan saya hari ini banyak dibantu oleh Zaidy kerana pada peringkat awal saya hanya mensasarkan kedudukan tempat ketiga atau keempat sahaja," ulas Rozaiman mengenai persembahannya.
Kejayaan Rozaiman membolehkannya merapatkan jurang mata kepada 23 mata kepada Ramdan dan pusingan terakhir di Padang Kota Lama, Pulau Pinang menjadi gelanggang terbaik bagi kedua-dua pelumba untuk mengesahkan kedudukan mereka.
"Saya menyifatkan peluang cukup tipis sekalipun masih berpeluang untuk bergelar juara CP115 musim ini. Namun saya tidak mahu memberi sebarang harapan. Saya lebih mengutamakan untuk meraih gelaran juara di sana (Pulau Pinang) kelak," ujarnya.
Bagi Ramdan, pelumba berusia 15 tahun, dia masih terus berharap untuk menduduki podium pada pusingan terakhir di Pulau Pinang untuk mengesahkan gelaran selain turut berhasrat membantu pasukan memenangi Anugerah Berpasukan CP115 musim ini.
Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha AHM masih kekal di tangga teratas dengan kutipan 260 mata diikuti Motul Yamaha YY Pang di tempat kedua dengan 181 mata sementara PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline di tempat ketiga dengan 178 mata. 

Cabaran Yamaha 135LC


Tengku Amirul Haffiruddin merakamkan kemenangan keempat musim ini di dalam Cabaran Yamaha 135LC pusingan 9 di Litar Sepang.
Pada perlumbaan akhir itu, pelajar Tingkatan Dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar, Dungun dicabar hebat empat pelumba lain sebelum mengakhiri cabaran 8 pusingan dengan masa 11:33.807 saat.
Tengku Amirul yang sebelum itu memenangi perlumbaan di Sepang Utara, Teluk Intan, dan Melaka berjaya mengatasi pencabar terdekat, Md Hafiza Rofa (11:33.887 saat) di tempat kedua sementara Md Izzat Zaidi Salehan meraih tempat ketiga dengan masa 11:35.161 saat.
Dengan 25 mata yang dipungut, Tengku Amirul kini memegang 136 mata mengatasi pencabar terdekat Md Razmal Md Rohizad 114 mata di tempat kedua dan Nurahmad Fariznazreen di tempat ketiga dengan 86 mata.

Cabaran Honda icon


Dalam perlumbaan akhir Honda icon Challenge Cup, Fakhrusy Syakirin Rostam mengenepikan pencabar lain termasuk pelumba terpantas sesi ujian masa semalam, Md Hafizuddin Azahar apabila menamatkan cabaran 8 pusingan dengan masa 13:52.768 saat.
Afiq Rahmat dan Md Hafizuel Md Bajer turut cemerlang untuk menduduki tempat kedua dan ketiga setelah masing-masing merakamkan masa 13:56.259 saat dan 14:11.223 saat.  Sekalipun gagal menamatkan saingan akhir, Hafizuddin masih kekal selaku penaraju keseluruhan dengan 132 mata diikuti pemenang di Sepang, Fakhrusy (124 mata) diikuti Has Fauzan Hassan dengan 111 mata.

Privateers


Md Haiekal Akmal Zakaria yang menunggang jentera Suzuki terus cemerlang dalam perlumbaan akhir Kelas Persendirian apabila mengakhiri cabaran 8 pusingan dengan masa 11:49.117 saat.
Ini merupakan kemenangan keempat yang diraih oleh Haiekal musim ini selepas mengenepikan pencabar terdekat, Md Syawal Md Noor (11:49.440 saat) yang menunggang jentera Modenas dan Junaidi Harun (Suzuki) 12:00.718 saat.