jokisenja header

jokisenja header


Wednesday, September 29, 2010

Syabas Zambri Baba...............


ZAMRI CALON TERBAIK MOTO2
29 September 2010



 
SEKALIPUN pemilihan pelumba bagi penyertaan wildcard kategori Moto2 siri Kejuaraan Grand Prix Motosikal Malaysia 2010 dilakukan pada saat-saat akhir namun komuniti sukan pemotoran tanahair tidak perlu mencurigai tentang kebolehan pelumba pertama  Malaysia dalam kelas Moto2, Mohd Zamri Baba.
 
Moto2, katogeri baru berkuasa 600cc merupakan perlumbaan pertengahan dalam MotoGP dan Zamri bukan pelumba yang cukup asing mengendalikan mesin 600cc itu. Untuk rekod, pelumba berusia 27 tahun sudah sinonim beraksi dengan jentera berkuasa itu apabila dia menyertai cabaran kategori SuperSports 600cc siri Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) dengan membawa jentera Yamaha R6 sejak 2007.   
  
Tahun ini, merupakan musim keempat dia mewakili pasukan PETRONAS Yamaha Malaysia dan kedudukan terkini menyaksikan dia berkongsi tempat ketiga bersama Azlan Shah Kamaruzaman dengan kutipan 87 mata.
 
Berdasarkan prestasi konsisten yang ditunjukkan Zamri dalam kategori SuperSports 600cc, anak muda kelahiran Klang adalah calon pilihan terbaik Malaysia untuk mengisi slot penyertaan wildcard Moto2 buat kali pertama ini.    
 
Pengarah Promosi Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd (TWMR), Ron Hogg berkata hanya Zamri dan Azlan saja yang dijemput bagi sesi ujian tersebut memandangkan  kedua-dua pelumba berada dipuncak prestasi karier mereka. Keputusan memilih salah satu daripada dua pelumba terbabit bukan semata-mata bergantung kepada catatan masa terpantas mereka lakukan di sesi ujian pada 8 September di Sepang lepas.   
 
"Kedua-dua, Zamri dan Azlan mencatat masa yang hampir sama dan mereka sebenarnya cukup kompertitif namun hanya terdapat satu tempat untuk mengisi slot wildcard musim ini. Bagaimanapun, keputusan itu bukan saja terletak kepada catatan masa namun turut mengambil kira segala pakej keseluruhan seseorang pelumba.
 
"Zamri dipilih untuk slot wildcard Moto2 bukan sekadar catatan masa yang dilakukan memuaskan namun dia dipilih kerana dia memiliki tahap kecergasan yang tinggi, persediaan mental yang kental, kebolehan mengharungi cabaran dalam keadaan litar kering atau hujan dan juga dia juga merupakan pelumba yang cukup komited."
 
Tambah Ron lagi, "Selain itu, Zamri merupakan salah seorang pencabar yang kuat pada pemilihan wildcard GP125 musim lepas namun agak malang dia terpaksa akur dengan peraturan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) yang mengehadkan pelumba wild card yang berusia di bawah 25 tahun. Dari situ, kami sedar Zamri sememangnya pelumba yang sudah cukup bersedia dan kami juga percaya dengan keupayaan yang dimilikinya.
 
Ron menyifatkan bahawa Zamri merupakan pelumba yang memiliki semangat tinggi dan mental yang kuat untuk berjaya. "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Saya memegang kepada kata pepatah tersebut. Jika seseorang pelumba berhasrat untuk mencapai kejayaan dan pada masa yang sama memilik mental yang teguh, dia pasti dapat menempuhi segala halangan yang bakal dihadapi. Saya yakin Zamri memiliki dua karektor itu," jelas Ron.
 
I
ssued by: jokisenja.blog.spot

No comments:

Post a Comment